Wednesday, April 9, 2014

Pendaftaran SSM - Online/Offline

Bismillah.

Hari Isnin minggu lepas, teringat nak cek tarikh luput SSM untuk Insangpari. Memang dah tau SSM expired dah tapi tak sure bila. Sejak join online Basic Accounting kat FB (by Amani Management Resources), ada lah diorang cakap pasal SSM ni, kena renew every year. Kalau dah setahun expired, takleh renew dan sebagainya. Asalnya, join kelas akaun sebab nak uruskan duit keluar masuk supaya senang nak kira2 untuk saving. Yerlah, dah bertahun2 berniaga, memang syukur sangat2 sebab takat ni Alhamdulillah belum ada masalah kewangan yang besar, tapi nama nak menyimpan tu, asyik tak nampak aje. Sebab duit dah bercampur2, asal nampak banyak gi beli tah ape2. Asal sikit baru reti nak dok diam kat rumah kan? Rupa-rupanya, banyak jugak kena belajar tatatertib berniaga ni kalau nak tau. Walaupun kita buat business kecil-kecilan, sebenarnya tak boleh dipandang remeh. Iyelah, kita nak 'minta' orang bagi duit, produk/servis mestilah setimpal dengan harga tu kan? Dan bukan takat tu je, banyak dokumen2 yang perlu disediakan supaya senang nak declare kat LHDN nanti. Itu lagi satu point baru kenal tahun ni -- CUKAI! Aish, sebelum kenal cukai, kena kenal dengan ZAKAT dulu, yer! Katanya bulan April ni lah bulan yang paling sibuk atau ramai orang mula sibuk sebab nak uruskan akaun/audit dan sebagainya sebelum submit ke LHDN sebelum bulan Jun. Hm...since Insangpari punya akaun pun baru nak mula susun dari Januari 2014 (tahun2 lepas tak kira lah, tak dan nak backtrack sampai 4-5 tahun lepas punya cerita), alamatnya tahun 2015 nanti lah baru declare segala untung rugi turun naik nya. Tahun 2015 pulak, dijangka kelam kabut jugak sebab nanti peniaga2 semua akan dikenakan GST. Wait, let me rephrase -- pembeli2 akan dikenakan GST supaya peniaga boleh bayar GST tersebut pada kerajaan. Pendek kata, tahun depan semua naik harga. So alang2 nak buat namecard tu, print sampai 1000pcs terus lah. Jangan print sikit2, k? Tahun depan mahal dah. ^_^

Ok, berbalik pada hari Isnin minggu lepas (31/3/2014), tengah kemas2 meja yang bersepah (macam biasa), terjumpa surat perakuan SSM, dah siap print dengan salinan IC. Asalnya haritu nak renew online je (sebab register pun online). Tapi alkisah, rupanya kalau dah expired, kena renew kat counter rupanya. Memang tau tarikh luput April 2013, tapi tak sure berapa haribulan. Sekali cek -- 2/4/2013. Ok. What??? Esoknya dah 1/4/2014! Kalau pergi esok buatnya ada apa2 hal, memang tak boleh jadik, kena pergi dan dan tu jugak. Time tu dah kul 12.30 tengah hari.

Dipendekkan cerita, sampai di Plaza Alam Sentral, Shah Alam dalam pukul 3+ pm. Nampak tak last minute dia camne? Sampai2 je terus naik tingkat 3. Memang tingkat 3 ni jual barang2 IT macam kat Digital Mall, Lowyatt ape sume tu. Tapi percayalah, memang office SSM kat tingkat tu jugak. Jalan je cari, takkan miss punya sebab office SSM ni besar macam bank dan terpampang logo kat pintu kaca. Masuk2 kena cakap apa yang kita nak buat (untuk kes ini : Renew SSM) kat tempat nak ambil nombor giliran, nanti Jaga tu akan bagi Borang A1 : Permohonan Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan. Oh, lupa nak cakap, untuk renew, yang korang kena bawak cumalah IC original & surat perakuan SSM yang terdahulu je. Dah siap isi borang tu, tunjuk balik kat Jaga, nanti baru dia bagi nombor giliran. Surprisingly, memang ramai orang kat situ, tapi kaunter nak renew SSM tu, laju je. Kaunter lain tak pasti pulak. Mula2 tu confident je ingatkan renew SSM RM35 (tak tau lah  mana dapat angka ni), so bawak duit ngam2 untuk 2 tahun punye renewal + denda lewat renew. Masa ni ingatkan denda RM60 (ni pun tak tau jugak macam mana boleh ada nombor ni dalam kepala otak). Sat gi sampai kat kaunter -- 

"Nak renew 2 tahun? RM120 tau" 
"Erk...oh ye ke. Bukan RM35/setahun ek? Erm, setahun je lah camtu"
"Ni dah nak setahun expired. Satu hari je lagi. Kompaun dah sampai maximum ni. Kena bayar lagi RM140"
*Gulp!* "Alamak ye ke. Err..."
"So, macam mana?" -- Time ni blur...macam mana apa pulak Akak ni, takkan dia nak suh kita balik je takyah renew? Lupakan niat nak bukak kedai 8 cawangan satu dunia? Angan2 tinggi menjulang ni.
"Erm, kena bayarlah jugak kan?"
"Hm, ok. RM140 yer"
"Pakai kad boleh tak, kak? Saya tak cukup cash lah."
"Kalau nak pakai kad kena pergi kaunter hujung sana..."
"Ooo..." dah siap2 nak pergi kaunter hujung tu dah...
"Ke...nak buat rayuan?"
"Ha? Boleh ke buat rayuan?"
"Boleh, pergi masuk pintu sebelah sana tu"

Ohh...itulah maksud Akak tu tadi agaknya. Dia tanya kita 'macam mana' tu, like... macam mana nak settle? Manelah reti kan, selama ni tau kalau dah bagi harga, kenalah bayar. Tak reti nak mintak diskaun. (Eh, ye ke? Selalu kalau beli sayur kat pasar pun mintak diskaun?) Syukurlah tak cukup cash time tu kan? Kalau tak, dah selamat seratuih empat puluh melayang. Lepas buat rayuan tu, cuba teka berapa kompaun kena bayar? Alhamdulillah, half price! So, lebih kurang macam bayar renewal untuk tahun lepas yang tak bayar tu + RM10 denda. Ok la tu kan? 

Ok sangat! 

So pengajarannya di sini, sila tulis tarikh keramat besar2 pada dinding office anda supaya sejarah TAK mungkin berulang lagi. :) Dan juga, if nak renew online, make sure 3 bulan sebelum tarikh tamat yer! Ataupun, jangan bawak cash banyak sangat! :D Untuk yang tak tau macam mana nak register SSM ni, ada 2 kaedah -- online dan offline. Ada pros and cons dia. Saya register SSM dulu, online je, sebab memang tak gemar nak pergi beratur kat kaunter macam kat bank dan sebagainya. Sebab tu bayaran bil semua buat online. Kalau kena charge RM2 pun, berbaloi sangat dengan masa dan tenaga nak pergi ke sana. TAPI register SSM ni bukan macam bayar bil kat MB2U ke CIMBClicks tu. Not that easy. Memang renyah. Tips nya :

1) Sila buka website SSM dengan menggunakan Internet Explorer. Kalau bukak pakai Safari ke Chrome ke Firefox ke, kirim salam sampai tahun 2041 belum tentu boleh register.
2) Sila tarik nafas dan bersedia untuk menghadapi server portal kerajaan yang mungkin akan overloaded menyebabkan keseluruhan proses menjadi 2-3 hari bekerja.

Yerp, that long. But, still I prefer to do it online sebab sambil nak tunggu server tu ok balik, banyak kerja lain boleh buat. Anyways, sebelum nak register business anda, perkara yang paling penting ialah NAMA PERNIAGAAN. Boleh baca guidelines kat sini. Secara kesimpulannya :

1) Kalau nak letak nama sendiri sebijik macam dalam IC, tak perlu buat permohonan untuk approval.
2) Kalau nak buat nama perniagaan, bukan menggunakan nama sendiri, baru kena apply untuk approval dari Registrar of Business (ROB).
3) Nama perniagaan jangan panjang sangat. Tak boleh pelik2 dan tak berkaitan, contohnya "Kedai Dobi Kak Limah" tapi sebenarnya restoran masakan Thailand. Memang tak boleh.
4) Tak boleh letak nama2 yang sensitif, contohnya nama gelaran2 di Raja, dan sebagainya.
5) Kalau Pemilik Tunggal (Sole Proprietorship), mesti letak Enterprise kat hujung nama contohnya Insangpari Enterprise. Kalau partnership mesti ada Sdn Bhd kat hujung nya lah.

Ok, tu antaranya lah. Lepas dah dapat approval nama tu, baru boleh register ROB kat SSM. Sebelum tu, ni harga pendaftaran baru dan pembaharuan, untuk rujukan. Perhatikan - RM20 untuk sebarang Perubahan Maklumat Perniagaan. So make sure plan betul2 alamat nak letak kat mana, nak buat sorang ke, partnership ke, etc. Tak payah nak keluar duit banyak sangat. Walaupun RM20 tu takdelah mahal mana, tapi 1) proses lama, 2) jangan naikkan kos untuk berniaga. Ni baru nak bukak kedai. Buat yang wajib2 aje.

AktivitiFi
Pendaftaran BaruNama tred – RM60 setahun
Nama Sendiri - RM30 setahun
Cawangan - RM5 setahun bagi setiap cawangan
Perubahan maklumat perniagaaanRM20
(Penambahan cawangan - RM5 setahun bagi setiap cawangan)
Pembaharuan pendaftaran perniagaanNama tred – RM60 setahun
Nama Sendiri - RM30 setahun
Cawangan - RM5 setahun bagi setiap cawangan
Maklumat perniagaanRM10
Ok, dah faham summary nye? So, dah decide nama perniagaan dan sediakan duit yang secukupnya? Kalau dah, boleh lah register online kat sini. Bacalah step-by-step dia dari 'How to start?' hinggalah ke penyudahnya. Jangan lupa tips pertama tadi -- BUKAK GUNA INTERNET EXPLORER SAHAJA.

Kalau tak nak register online, boleh pergi terus ke kaunter SSM yang berdekatan. Sijil tu dapatlah on the spot. Cuma kena bayar extra duit tol, minyak dan masa perjalanan je lah :) Yang saya pergi hari tu untuk renew, di Shah Alam. Ni alamatnya :

Tingkat 3, Plaza Alam Sentral,
Jalan Majlis, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor

Untuk cawangan2 lain, boleh rujuk di sini.

Kenapa nak kena register dengan SSM kalau berniaga? Jawapannya ialah kerana ...

"A person who carries on business without registering a business 
commits an offence under the ROBA 1956 and if found guilty be fined 
not exceeding RM50,000 or imprisonment for a term not exceeding 
two (2) years or both. "

Ada paham?

Friday, March 21, 2014

Tips untuk mendidik anak kecil membuang tabiat gigit kuku

Ngap ngap! 
Gigit kuku. Adakah satu tabiat? Ada yang kata it's just a phase. Macam hisap jari. Dulu masa Naema baby ada jugak dia hisap jari time nak tidur. Puting pun ada bagi sekejap untuk tidurkan dia. Tapi masa baby je, sekarang takde lagi. Ada yang kata gigit kuku ni sebab nak attention. Mungkin.

Alkisah, since few weeks ago, Naema ada pe'el baru - gigit kuku. She's now almost 2y 8m old. So masih belum boleh buat dialog 2 hala. Awal2 tu macam biarkan aje. Lepas tu kadang2 ada cakap baik2 ngan dia. Dia ingat kita main2 plak. Suka acah2 sikit2 nak gigit. Masih bersabar, cuba cara lembut lagi, bagi dia gigit benda lain - kayu manis. Supaya dia tak suka and terus berhenti daripada nak gigit apa2. Guess what? Dia suka kayu manis tu. Ok, fine. So kayu manis berjaya mengalih perhatian dia daripada gigit kuku. Tapi one day, masa tengah buat kerja, she was so quiet, macam biasalah. Mungkin tengah main sendiri or tengok TV, but when I inspected her, she was biting her nails off! Like - 2 kuku jari memang dah super pendek. So that's when I started to become a monster. I straight away scolded her and determined to try a new technique - INAI

Berinai : tangan dah cramp
Berinai : tangan keras
Nasib baik memang ada stock inai from Hamra Henna kat dalam freezer. So I immediately thawed it for few minutes and started to put on her nails. Mula2 ingatkan dia takot sampai nangis2 janji tak nak buat lagi. Tapi...TAK LANGSUNG! Dia behave je sepanjang2 proses berinai tu. Haih la budak ni. Bagus jugak la kan sebenarnya so takde lah comot satu badan pulak.

Proses berinai yang pertama tahan selama 2 jam je. Lama jugak tu. Dari mula pakai, memang tangan dia keras je. Tak bergerak langsung. Sampaikan nak garu hidung pun, die tak jadik sebab teringat ada inai kat kuku. Cute sangat time tu. Hamra Henna ni memang terkenal dengan merahnya yang pekat dan tahan lama, tapi sebab pakainya pun 2 jam je, so takdelah gah sangat warnanya. Lepas tu nampak macam ok. Dia dah lupa la tu kot.

Few days later, I caught her again. What??? Baru je potong kuku. Die gigit lagi! So kuku tu jadi super pendek. FINE! Masih bersabar - applied another layer of Hamra Henna. Nasib baik inai ni senang nak dipakaikan and terus melekat bila kering. So kalau dah kering tu bawak tidur, insya Allah tak payah bungkus jari ke ape, tak akan jatuh dari kuku (unless anda tidur buas sangat :-s) Kali ni pakaikan kat dia 2 jam jugak. Masa pakaikan tu, dah nasihat dia macam2. "Promise jangan gigit kuku lagi!" "Promise". Yer la tu. Sekarang memang fasa die duplicate je apa kita cakap. Tah paham ke tidak maksudnye. 

Petang tu, Naema gigit lagi. Ada 2 kuku dia suka gigit. Jari tengah & jari manis belah kanan. This time I was furious. I tried the 'timeout' method. Naema ni jarang kena marah, sebab konon nak pendekatan yang lebih lembut -- lagipun kita kan nak masuk syurga, nape nak marah ahli2 nya? But this time, I scolded her dengan niat supaya dia tahu perbuatan tu bukan takat acah2. Not like 'Naema....janganlah sepahkan mainan, please'. Not that kinda thing. It's to show her that it's just UNACCEPTABLE. Surprisingly, dia memang nampak takut and terus masuk bilik. I told her to lie in bed and she did. With no objection. Selimutkan dia, bagi susu botol and closed the door shut. She was in the room alone.

Kalau hari2 biasa, if she terkurung dalam bilik or kita buat2 nak keluar and rapatkan pintu (tapi tak tutup) she would quickly run towards the door takut kene tinggal. But this time, after few seconds, I heard her crying. I left her crying for about ... err ...  10 seconds (huuu.... nak keras macam mana lagi? sedih la...) and opened the door. Rupa2nya she's still in bed, pegang botol susu, menangis teresak2. Alhamdulillah. This is what I want. I want her to fear me when I'm angry -- only when I needed to be angry. So that she'll learn. I was scared if she goes tantrum and melawan but she didn't. It shows that she knew that what she did was wrong, and she knew that I'm scolding her -- bukan melepaskan geram. Because trust me, I've seen people yang bukan marah anak, but MELEPASKAN GERAM je. Sampaikan anak tu dah tak heran bila kena marah. Worse, anak2 menjawab balik. Nauzubillah.

Since then, I caught her gigit kuku sekali je lagi. I did become furious again. This time she didn't cry or melawan. She just kept quiet -- knew she did something wrong -- and went to sleep. Alhamdulillah, lepas tu memang tak de nampak dah dia gigit kuku. :)

Berinai & santai
Is it a phase? Some say no. Ada yang kata sebab budak stress. Or bosan. Tak tau la dia stress ke apa, tapi kalau nak kata bosan tu mungkin yer. So now pagi2 I tried to attend to her as much as possible. Ajak colouring, singing, etc. By noon, lepas lunch, pujuk dia tidur. Biasalah, pujuk punya pujuk biasanya pukul 4pm jugak lah dia nak tidur. Tapi takpelah. I believe PAKSAAN will not discipline your kids. Specially not a 3y old. Sebab tu lah tugas mendidik anak ni jatuh kepada tanggungjawab ibu. Sebab rasanya takde makhluk lain lagi yang sanggup nak melayan permintaan2 'princess' sorang ni. :)

Kuku tidak sihat - kesan tabiat menggigit kuku
Sebenarnya, kenapa saya pantang sangat bila dia gigit kuku -- sebab saya tau apa akan jadi jika tak ditegah. Ada kawan tanya -- teruk sangat ke die gigit sampai nak kena marah camtu sekali? Jawapannya -- kalau dah teruk, dah tak guna. Kita nak tegah sebelum jadik teruk la kan? Bagi yang tak tau ape akibat gigit kuku ni, banyak keburukannya. Dari segi kesihatan & psikologi. Boleh google and baca lagi jika nak tau. Tapi yang pasti -- rupanya. Kuku akan jadi tak cantik dan takkan tumbuh lagi. :( So biarlah die menangis sekarang, ketika perbuatannya masih boleh dibendung, daripada menangis di kemudian hari. Sobsob. Betul tak?

So adakah gigit kuku ini sebenarnya satu tabiat atau fasa? Pada saya, ianya mungkin dianggap satu fasa sebab hampir semua kanak2 mengalaminya (hampir yer, bukan semua), tapi yang pasti, jika tidak dibendung, ianya boleh menjadi tabiat yang buruk. :(

-----

By the way, bagi sesiapa yang nak cuba Hamra Henna, boleh hubungi Pn Sharzwin di no. 016 263 8670. Inai ni natural dan diimport khas dari South Africa. Warnanya akan lebih pekat selepas seminggu pemakaian dan akan kekal (tidak pudar) hinggalah habis kuku2 anda dipotong. Tak percaya? Cubalah!

Hamra Henna - inai semulajadi khas untuk kuku sahaja.

Wednesday, March 19, 2014

Homemade 'Playdoh' - Gerenti Jadi

I received a very weird phone call yesterday at 11.59 pm. Asking for homemade playdough recipe. :/ Weird, eh?

LEFT : White playdough - without any food colouring   RIGHT : Blue, red and green playdoughs I made for Naema

Masa Naema genap umur 2 tahun, memang rajin gak buatkan dia playdough. Itupun lepas Aunty +Zest er belikan dia a set of playdough with tools. So I googled and youtubed (new vocab alert) on how to make your very own - homemade playdough. Dan biasalah, bila dah tau cara2 nak buat tu, mulalah berangan nak pi buat banyak2 and jual wholesale. Berangan tak sudah. Macamlah rajin bebeno. So untuk sesiapa yang nak buat sendiri playdough, dan diyakini selamat untuk anak2 anda main (sebab kita sendiri yang masukkan bahan2 kan?), boleh lah ikut 'resipi' kat bawah ni. As requested by Puan +Zest er , sila salin resipi ni yer. Saya buat sebijik macam ni, insya Allah jadik punye. ^_^

Bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan garam
  • 2 sudu kecil cream of tartar -- boleh didapati di mana2 pasaraya
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 cawan air
  • sedikit pewarna makanan - mengikut citarasa
Cara-cara :
  1. Masukkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam periuk dan gaul hingga sebati.
  2. Nyalakan api sederhana dan masak adunan sambil kacau perlahan-lahan.
  3. Bila dah pekat sikit, boleh masukkan setitik pewarna. Tambahkan lagi setitik atau lebih jika inginkan warna yang lebih pekat.
  4. Sentiasa kacau supaya warna sekata hingga adunan mula tidak melekat pada tepi/dasar periuk. Adunkan sehingga menjadi bulat.
  5. Keluarkan dari periuk dan sejukkan pada suhu bilik.
  6. Bila dah sejuk, uli dan sedia untuk digunakan!
Gaulkan semua bahan dan masak atas api sederhana. Kacau sehingga pekat dan masukkan pewarna makanan
Kacau dan pastikan warna sekata. Gaul hingga adunan tidak melekat pada keliling periuk.
Keluarkan adunan daripada periuk dan biarkan sejuk pada suhu bilik atau sehingga boleh diuli.
Uli adunan yang dah sejuk dan sedia untuk digunakan!
Simpan 'dough' yang tidak digunakan dalam bekas bertutup, dalam peti sejuk


Tips :
  • Jangan masak dalam periuk non-stick -- memang macam best sebab confirm tak melekat pada periuk, tapi nanti adunannya tak masak dengan sekata, so 'playdough' cepat basi/rosak.
Naema playing with her 'white dough'
    • Bila masukkan pewarna, titiskan sedikit dan kacau sebati sebelum tambah lagi setitik.
    • Playdough yang tidak digunakan hendaklah disimpan dalam bekas bertutup dan diletakkan dalam peti sejuk (chiller, not freezer) supaya tahan lama. Bila nak pakai, keluarkan dan biar hingga suhu bilik, insya Allah boleh diuli semula macam biasa.
    • Jika 'dough' yang baru siap terlalu lembik, simpan dalam peti sejuk dulu beberapa jam atau semalaman. Jika masih terlalu lembik, munkin tak masak betul, so lain kali masak atas dapur lebih lama -- tapi jangan sampai hangus pulak!
    Masih susah sangat nak bayangkan cara-cara membuatnya? Tengok je lah video kat bawah ni. Saya gunakan resipinya bulat2. Ada beberapa cara lain saya jumpa, tanpa menggunakan cream of tartar, tanpa memasak, tapi saya rasa yang ini cara terbaik by KIN PARENTS. Kalau dah berjaya buat, sila comment this post and share some photos, ok? All the best!


    P/s : Hey, this could be a great gift for kids, eh? Or you could make some and invite children to come over and play. Weehee!

    Naema & Co. doing some creative works ♥

    Tuesday, March 18, 2014

    Bagaimana nak menziarah orang yang sakit / dalam keadaan sedih


    Rasanya pernah share sebelum ni, tapi saya kongsi lagi sekali. Cara-cara untuk menziarah pesakit yang dalam keadaan koma (tidak sedarkan diri) :

    "When you visit a sick person ,say good words to him ,for the sake of Allah for although that does not prevent any harm,it still brings relief to the patient's heart" Al-Tirmidhi also narrated the Hadith

    *dipetik dari Jill Bolte yang pernah mengalami koma kerana pendarahan teruk dalam otak*

    FORTY THINGS I NEEDED THE MOST
    Dr Jill Bolte Taylor - expert in neuroanatomy and had
    experienced stroke herself
    • I am not stupid.I am wounded. Please RESPECT me.
    • Come close,speak SLOWLY,and enunciate CLEARLY.
    • REPEAT yourself-assume I know nothing,and start from the beginning, OVER and OVER.
    • Be as PATIENT with me the 29th time you teach me something, as you were the first.
    • Approach me with an OPEN HEART and SLOW YOUR ENERGY DOWN.Take your time.
    • Be aware of what your BODY LANGUAGE and FACIAL. EXPRESSIONS are communicating to me.
    • Make EYE CONTACT with me. I am in here. Come FIND ME. Encourage me.
    • Please DON'T RAISE YOUR VOICE.
    • Touch me appropriately and CONNECT with me.
    • Honour the HEALING POWER OF SLEEP.
    • Protect my energy. NO talk radio, TV or nervous visitors! Keep visitation BRIEF (5 minutes)
    • STIMULATE my brain when i have energy to learn something new,BUT know that a small amount may wear me out quickly.
    • Use age appropriate (toddler) educational toys and books to teach me.
    • Intoduce me to the world KINESTHETICALLY. Let me feel everything. I am an INFANT again!
    • Teach me with 'monkey-see, monkey do' behaviour.
    • Trust what I'm trying - just not with your skill level or on your schedule.
    • Ask me multiple choice questions. AVOID yes/no questions.
    • ASK me questions with specific answers. Allow me time to hunt for answers.
    • Do not asses my cognitive ability by how fast i can think.
    • Handle me gently as you would handle a NEWBORN.
    • Speak to me DIRECTLY. Not about me to others.
    • CHEER me on. Expect to recover, completely, even if it takes 20 years!
    • Trust that my brain can continue to learn.
    • Break all actions down to smaller steps of actions.
    • Look for what obstacles prevent me from succeeding on a task.
    • Clarify for me what the next level or step is so i know what i am working toward.
    • Remember that i have to be proficient at one level of function before i can move on to the next level.
    • Celebrate all of my life little successes. They inspire me.
    • Please don't finish my sentences for me or fill in words I can't find. I need to work my brain.
    • If I can't find an old file, make it a point to create a new one.
    • I may want you to think I understand  more than I really do.
    • Focus on what I CAN DO rather than on what i cannot do.
    • Introduce me to my old life. Don't assume that because I cannot play like I used to play that I won't continue to enjoy music or an instrument, etc.
    • Remember that in the absence of some functions, I have gained other abilities.
    • Keep me familiar with my family, friends, and loving support. Build collage wall of cards and photos that I can see. Label them so I can review them.
    • Call in the troops! Create a HEALING TEAM for me. Send word out to everyone so they can send me love. Keep them abreast of my condition and ask them to do specific things to support me - like visualize me being able to swallow with ease or rocking my body up into a sitting position.
    • LOVE me for who I am today. Don't hold me to being the person I was before. I have a different brain now.
    • Show me old video footage of me doing things to remind me about how I spoke, walked, and gestured.
    • Remember that my medications probably make me feel tired, as well as mask my ability to know what it feels like to be me.

    Still #prayingforMH370 #doauntukMH370

    Harini masuk hari ke-11 kehilangan pesawat MH370. Kejadian yang dikatakan misteri pada minggu pertama kehilangan bertukar menjadi kes jenayah pula. Sama ada dirampas, atau tidak, wallahualam. Saya masih percayakan keajaiban dari Allah SWT dan segala kebingungan ni pasti terjawab, cuma masa yang akan menentukannya. Insya Allah. Sejak dari awal kejadian, sepanjang laporan dari KLIA menerusi channel Astro Awani (501) - channel rasmi untuk kehilangan MH370 - memang ramai volunteer yang datang untuk bantu kawal keadaan. Kalau nak diikutkan, mungkin perkara ni remeh jika dibandingkan dengan misi 'Search & Rescue' (SAR) di luar sana, tapi perkara inilah yang paling penting iaitu menjaga hal kebajikan & emosi keluarga2 mangsa yang sedang menanti berita. Ini kerana, dalam keadaan ahli2 keluarga yang sedih, risau, buntu tanpa apa2 berita tentang magsa, emosi mudah terganggu dan boleh melibatkan mental. Jika tidak dikawal, mungkin keadaan boleh jadi lebih buruk.

    Tapi dalam ramai yang ingin menghulurkan bantuan dari segi khidmat kaunseling dan sebagainya, kita kena berhati-hati juga sebab takut ada mesej/ajaran secara halus yang ingin disampaikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Tak tau jika saya salah dengar tapi ada satu nama badan yang disebut membantu untuk kaunseling keluarga2 mangsa, merupakan satu badan yang tidak diiktiraf oleh JAKIM dan saya khuatir ada badan2 yang cuba untuk merosakkan aqidah umat Islam. Wallahualam.

    Perkara yang saya kongsikan tentang cara2 menziarah orang dalam koma di atas, sedikit sebanyak ada kena mengena dengan situasi sekarang. Dalam kita menziarah orang yang dalam kesusahan/kesedihan, ada adabnya. Walaupun niat kita insya Allah nak membantu, tapi kalau tak kene gaya, mungkin bukan sahaja tak membantu, malah lagi memburukkan keadaan.

    Encik Selamat, whose son is one of the passengers of the
    the missing MH370. He sounds very calm and
    positive during all interviews.
    Saya tertarik dengan kata salah seorang pegawai yang memberi khidmat kaunseling kepada ahli keluarga mangsa MH370. Katanya, dalam kita ingin membantu untuk menenangkan ahli2 keluarga mangsa, pilihlah ayat yang betul. Beliau memberi contoh dalam kes banjir di Kuantan baru2 ini, ada pihak yang ingin mententeramkan mangsa dengan berkata "Sabar banyak2 yer, encik" dan serta-merta mangsa terus melenting dan berkata, "Mestilah saya sabar. Kalau tak sabar saya tak duduk sini diam2". Niat orang pertama tadi memang baik, untuk mangsa bertenang. Tapi pilihan ayatnya tak kena dengan keadaan. Sebab tu saya paling tak gemar nak komen di status FB jika ada sesiapa di antara rakan/keluarga yang ditimpa bencana. Sebab saya sendiri pun tak suka mendengar ayat2 sebegitu bila dilanda musibah. Bukannya tak appreciate simpati orang, cuma, kalau kita bayangkan kita di tempat mereka, cuba fikir apakah perkara yang kita sangat2 perlukan ketika itu? Just the 'presence'. Kehadiran kita dah cukup. Sebab tu dalam Islam pun, kita digalakkan untuk menziarah orang yang sedang meraikan (dalam keadaan gembira) dan segera balik, tetapi menziarah orang yang sakit atau dalam kesusahan dan duduk bersamanya selama mana yang boleh. Instead, tanyalah kepada mereka, "Apa yang boleh saya tolong? Encik perlukan apa2?" Itu lebih bermakna dan sedikit sebanyak boleh bantu untuk tenangkan emosi mereka yang terlibat. Dan rasanya tak perlulah wartawan2 nak tanya "Apa harapan pakcik?" Seriously. Perlu ke nak tanya? 

    ---

    Dah, lepas ni kalau nak console kawan2, tanya dia nak makan nasi ayam ke nasi lemak. Ataupun, tak perlu tanya, belikan terus dan bagi kat dia. Kalau dia tak nak makan, jangan bawak balik pulak. Tinggalkan je. Insya Allah kita dapat bantu dari segi emosi di situ. Tak percaya? Cubalah.

    Sunday, March 9, 2014

    Praying for MH370

    Saturday, 8 March 2014. It was around 8am. We were having breakfast when suddenly hubster (who's checking out his phone - yes! at the dining table!) read out the headline :

    "Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang" 
    "What? When? Mana you baca?" 
    "Baru ni. Kat twitter" 
    "Astaghfirullahalazim"

    And the day went by ... while me checking on the news updates on my phone from time to time. We were out since morning later after breakfast and got back home at about 6.30pm. Sampai je rumah terus on Channel 501 on Astro - apparently ASTRO AWANI was airing about the news continuously since 10am. So memang takde channel lain, one press conference after another, but still not much progress updates reported. 

    I know few people working for MAS - my late father was with MAS jugak once. But none of the MAS crews, nor the passengers were anyone that I know of. But still, rasa sedih dan sangat terkesan dengan insiden ni. Of course, semua yang terjadi, hikmahnya memang ada. Saya sangat pasti. Allah Maha Berkuasa. Dengan dunia sekarang yang sangat kebendaan. Manusia pentingkan kuasa. Menjatuhkan hukum sesama sendiri. Anak-anak kecil banyak dibunuh merata-rata malah dalam rumah sendiri. Nauzubillahi min zalik. Terlalu banyak benda-benda yang terjadi buatkan kita lupa - siapalah kita ni. Hamba Allah yang sangat2 kerdil nak dibandingkan dengan alam semesta yang sangat luas. Pagi tadi Umar sempat cakap, "Allah nak tarik nikmat kita senang je, tumbuh ulcer sebijik dalam mulut. Terus hilang nikmat nak makan sedap2". Subhanallah. Ulcer sebijik pun boleh tarik nikmat. Apetah lagi ...

    Allahu Akbar.

    Sebenarnya, apa yang paling terkesan tentang insiden MH370 ni ialah tentang 2 orang bayi yang ada dalam senarai penumpang. Ya Allah. Kasihanilah mereka, ahli2 syurgaMu. Ringankanlah kesusahan penumpang2 & krew2 yang terlibat. Setakat ini, masih belum ada update tentang penemuan bangkai pesawat atau apa2 info dari kapal terbang Boeing 777 tu, jadi sebarang kemungkinan adalah MUNGKIN. Insya Allah. Banyak sangat khabar angin tentang insiden ni. Ada yang kata kena hijack. Ada yang cakap kapal terbang tu dah dijumpai 5 jam lepas kejadian tapi news kat TV tu semua just to cover up. Cover up apa? Kalau dah jumpa after 5 jam kenapa lepas 24 jam still no updates on the news? Ada pulak yang kaitkan isu ni dengan politik. Ya Allah. Di mana minda manusia2 ni semua? Wallahualam. But apa yang saya tahu, sekarang ni, pukul 1.03am, saya sedang melihat suami dan anak saya umur 2 tahun setengah sedang tidur lena kat sebelah. Kat luar tu gelap. Banyak nyamuk walaupun rumah kami di tingkat 7 (ada orang kata nyamuk sekarang pandai naik lif). Ya Allah, bersyukurnya diri ini. Masih dapat berada di sebelah suami dan anak. Macam manalah nasib 239 penumpang dan krew2 MAS tu? Yang paling penting, 2 orang bayi tu. Cukup ke makanan? Tak sejuk ke malam2 ni? Tidur kat mana? Nyamuk tak gigit? Are they floating somewhere in the superbly-wide South China Sea? Are they shivering in cold? Kalau tengok dalam cerita2 kat TV - Life of Pi - he could still live on the ocean, survived all the sharks and stormy weather. Tapi tu fiction. Tapi possible, kan? Jika Allah kata jadi, maka jadilah. Pernah tengok cerita Alive : The Story on the Andes Survivors? A true story on survivors of a plane crash. Berbulan2 lamanya diorang hidup dalam kesejukan. Kalau fikir secara logik memang tak rasa diorang boleh survive. Tapi kuasa Allah tu kan Maha Besar. So based on my faith and these proves, I still put on a high hope. Selagi masih belum jumpa bukti kukuh. Selagi tiada mayat, selagi tiada serpihan dari pesawat, I'm keeping it positive. Let's all be! I believe the babies are safe somewhere. And I also believe semua pihak yang bertanggungjawab sedang cuba sedaya upaya mereka dalam operasi mencari & menyelamat. Tak lupa pada all the well-trained MAS crews yang terlibat dalam insiden ni. They are all very professional and experienced so I'm sure they would have done all they can if they could. 

    Some of the latest updates as of now (9 March 2014, 2am) :

    - Ada tumpahan minyak yang agak banyak sejauh 20km dijumpai di sekitar kawasan kejadian. Tiada petunjuk lain dijumpai.
    - Seramai lebih kurang 20 orang dari Freescale Semiconductor yang terlibat. Semua terdiri daripada senior & top managers. Mereka ke China atas urusan kerja.
    - 2 penumpang yang dikatakan dari Itali & Austria disahkan menggunakan passport palsu. Pemilik sebenar mengesahkan passport mereka dicuri beberapa tahun lepas dan mereka (pemilik passport sebenar) tidak terlibat dengan penerbangan MH370.
    - Gerakan mencari & menyelamat masih dijalankan hingga kini. Hanya kapal2 laut beroperasi selepas jam 1 pagi. Kapal udara akan sambung beroperasi esok.

    Pandangan atas tumpahan minyak yang dijumpai di Laut China Selatan, antara Malaysia & Vietnam [source]
    This entry is rather emotional. I'm just disturbed by some of the insensitive comments all over the social media. Stop spreading rumours. I'm sure the victims' family members don't appreciate them at all. Remember if it's one of your brother/sister/husband/wife/friend. It could be YOU on that plane. And in times like this, so many uncertainties, jangan saling menyalahkan. Jangan meraung. Jangan berputus asa. Jangan lupa ada kuasa yang Maha Besar. Yang mampu menjadikan semua ini. Yang mampu untuk apa sahaja. I'm still hoping for miracles. Supaya Allah tunjukkan apa hikmah di sebalik ini semua. Mungkin untuk kita semua berhenti seketika dengan duniawi. Peringatan yang hidup ni tak lame. Bila2 masa giliran kita. Toksah buang masa buruk2kan orang lain. Bersiap sedia. Yang masih ada ibu, ayah - berbakti. Pada semua suami, isteri - saling mencintai. Yang ada anak2 - peluk kuat2. Yang belum ada anak - usaha lagi!

    Jangan selalu cakap kita takde masa. Selagi Allah masih bagi.

    #prayforMH370


    Pada ahli keluarga/sahabat/kenalan yang terlibat. Jangan putus doa. Jangan putus asa. Semoga Allah berikan petunjuk. Semoga kita semua dikuatkan semangat.

    Passenger's list (9 March 2014 - 2.09AM)

    Anne Catherine Daisy (MYS)
    Bai Xiaow (CAN)
    Beherey Usage Waitrelos Laurence Arlet (FRA)
    Biby Nazli Mohd. Hassim (MYS)
    Brooskii Nikolath (RUS)
    Burrows Rooney (AUS)
    Chan Huan Peen (MYS)
    Chen Weihoing (MYS)
    Chew Kar Mooi (MYS)
    Chng Mei Ling (MYS)
    Chuang Hsiu Ling ((TWN)
    Chustrak Oleg (UKR)
    Deineka Sergii (UKR)
    Dina Mohamed Yunus Ramli (MAS)
    Maria Mohamed Yunus Ramli (MYS)
    Gu Naijun (AUS)
    Guan Hua Jin (MYS)
    Huang Tianjui (CHN)
    Hue Pui Heng (MYS)
    Jee Jing Hang (MYS)
    Jiang Cuiyun (CHN)
    Koh Tiong Meng (MYS)
    Kolekar Chetana Vinod (IND)
    Kolekar Vinod Suresh (IND)
    Kozel Christian (AUT)
    Lawton Catherine (AUS)
    Lawton Robert (AUS)
    Lee Kah Kin (MYS)
    Lee Sew Chu (MYS)
    Li Hongjing (CHN)
    Li Yuan (AUS)
    Lim Por Chua (MYS)
    Lui Ching (CHN)
    Maraldi Luigi (ITA)
    Meng Leoinf (USA)
    Meng Nicole (USA)
    Mohamad Sofian Ibrahim (MYS)
    Mohd. Khairul Amril Selamat (MYS)
    Muhammad Drazahan Zamani (MYS)
    Mukherjee Muktesh (CAN)
    Muzi Yusop (MYS)
    Ng May Li (MYS)
    Noorida Mohd. Hashim (MYS)
    Nor Fadzillah Mat Rahim (MYS)
    Norliakmar Hamid (MYS)
    Ramlan Safuan (MYS)
    Sharma Chandrika (IND)
    Shirsath Kranti Pralhad (IND)
    Sim Keng Wei (MYS)
    Siregar Firman Chandra (IND)

    Rabbi yaasir walatu aasir - Semoga Allah permudahkan segala urusan. Amin.

    Tuesday, February 25, 2014

    Menjengah cinta lama

    Selamat pagi!

    I almost forgot how good it feels to hold a fabric and ... SEW! Alhamdulillah, masih diberikan nyawa dan deria untuk menyentuh (kain), melihat (corak2) dan mendengar (bunyi mesin jahit!). Yesterday, after sending +Insangpari's right hand (read : machine) to the service centre, thought to visit Tok My in Subang, since service centre is just 20mins away from my 'kampung'. Found out that she's in Rayyanah Raudhah, so we bought some food and dashed over there. What's supposed to be a lunch-and-solat-pitstop turned out to be SO MUCH MORE THAN THAT!

    Sampai2 je, all three 'girls' were busy with their fabrics. So we barged in.

    "Assalamualaikum (assalamualaikummmm - echo from my mini me) Eyy, korang buat ape ni?" Macam best je tengok.
    "Main jahit2..."
    "Wow! Bestnye!" Even more excited now. 

    So Naema and I had our lunch, and after Zohor, patutnya ada appointment with Pn Nisha in Cheras, but since the appointment was cancelled, thought to go back straight home. Mainly because phone was out of battery - didn't bring charger (pandai #1) - didn't bring laptop (pandai #2). Oh, how are we so dependant on these gadgets nowadays!!! And to make it a full of gadget-less day, the house's Wi-Fi is not working (which didn't quite affect me) but it apparently has affected the 'girls' that made them so frustrated and continue sewing like there's no tomorrow. Hey! What a good thing, eh?

    Naema really made herself at home. Running everywhere - with tangled ribbons all over the body - trying to tangle them even more. What a lucky girl. I never got the chance to go NEAR the sewing room when I was small. She got to RUN AROUND the area. ^_^ While I was amazed by the beautiful creations they were doing (at the same time,hands bit itchy touching this and that), suddenly it was quite. "Naema dah tido", mom said. Whatttt??? But battery dah habis! Nak balik!!! (Itu yang dipikirnya) Oh well, takpelah, boleh jahit. Heeee. So I grabbed a chair and started what I have left since hours before Naema was born. Yea, that's how long I've not involved in any sewing activities. Of course life is so much fun after she's born. ♥ But now, maybe with the production of +Insangpari is partially on halt and Naema having her quality nap (because she doesn't normally fall asleep easily at home-sometimes she just don't), I might be spending more time with these beautiful girls-at-heart. I'm about to open up my bag full of fabric stash (yeah, I've stopped sewing, but that does not mean I've stopped buying fabrics and get inspired) when Aunty Siti showed some of her (many) creative ideas to work on the fabric scraps (ada 3 guni!) given by Kak Yati from Mama's Hijab. Mama's Hijab is actually a business done by Kak Yati a.k.a. our neighbour who does beautiful and comfortable hijab. We have bought a lot from her and we might buy more soon. :) I don't think she has an FB account, but you can call her anytime to make an appointment. 

    So here are some of the things the ladies did yesterday...

    The top left pic is my project from fabric scraps. The rest of the pics are the ladies working on the carrier for makanan. I don't know what to call it. Should have taken a pic with the makanan inside next time.

    And of course, the entire time, li'l Naema did some freestyles...



    The 'food carriers' they made will be sold in the bazaar sale they're planning sometime in March. Do come by if you're in the neighbourhood. Car parks are such a pain in that area but a little walk would do good to our heart, you know. :)

    I plan to go again today, since I have an appointment in Subang too in the afternoon. Might as well spend some quality time with mom. Till the next one!

    Monday, February 24, 2014

    Antara cop HALAL JAKIM & HALAL TOGEL

    Alhamdulillah, semalam dapat hadir ke Seminar di Shuang Hor jam 3-5 petang. Speaker pertama, Mr Robert Yap - berkongsi tentang cara untuk memantapkan pemahaman & pembentangan OPP FlipChart. Speaker kedua pula, Dr Haslina - berkongsi tentang bagaimana beliau jatuh cinta kali ke-2 dengan Shuang Hor (kali pertama tahun 1990-an) ketika ayah beliau sedang sakit (tahun 2008). Perkongsian yang sangat menarik, tapi akan diceritakan lain kali. Sebab untuk entry yang ni, nak kongsi tentang apa yang saya baru cerita dengan sepupu semalam.

    Borak punya borak (via WhatsApp), masuk la hal KOPI. Sebab sepupu saya ni, Pn Hajar, sedang mengandung, so katanya die telah dihentam hebat oleh *ehem* antara orang terdekat lah sebab 'orang kata' ibu mengandung takleh minum kopi. So since Pn Hajar ialah peminum tegar kopi CEO kita sejak sebelum kahwin hingga sekarang (kandungan ke-2), dia pun agak kiciwa di situ sebab ramai yang tak tau kebaikan kopi - khususnya kopi CEO. So sebenarnya ada kajian di US yang menyatakan caffein dalam kopi (sebab teh & koko pun ada caffein gak, tapi ni die kate specifically dalam kopi), jika diambil dengan dos yang tertentu, boleh mencegah penyakit hati. Dulu saya ada keratan akhbar ni tapi nanti kene korek balik lah yer, mana tah simpan. Sebelum terlupa, saya tulis je dulu. Jadi Pn Hajar meminta saya untuk membuat flyer (yang menarik) tentang kebaikan kopi CEO supaya semua orang faham tentang kandungan Lingzhi dalamnya agar tiada hentaman lagi yang bakal diterima. Hehehe. Baiklah, akan diusahakan secepat mungkin, cikgu! Insya Allah. :) **Extra info bagi yang tak tahu : CEO Cafe mengandungi Yung Kien Lingzhi, dan Lu Chun Tea pula mengandungi Jia Hor Lingzhi. Harap maklum ^_^ Kalau nak tau apa bezanya, di episod yang lain kali lah yer. Or call /e-mail saya untuk tanya. :)

    Lepas tu masuk pulak bab kandungan dalam kopi 3-in-1 yang biasa orang jual kat kedai tu, banyak keraguan. Banyak kes yang kata kajian mengesahkan ada kesan 'steroid' dalam kopi yang kononnya ada sejenis herba dalamnya. Ada pulak yang kata, kopi 'herba' yang ramai orang kata bagus, bagi tenaga lepas minum, sebenarnya memberi tenaga sebab kandungan gula yang tinggi. Yerlah, kalau gula banyak sangat kan otak kita jadi over-stimulated. Sebab tu jangan ajar budak2 makan benda2 manis. Kang diorang hyper sangat sape nak jaga kalau susah tidur malam. ^_^. Sebab tu ada jugak yang kata kopi CEO kita pahit, walaupun yang ada gula (ada kopi CEO Tanpa Gula). Dah biasa minum kopi lain yang konon SEDAP la tu! Gula je lebih tau. Be careful, k? Ada juga kes yang kata ade pelbagai jenis herba dalam 1 paket tu tapi kandungan herbanya (setelah dikaji) cumalah 0.0001% (tak surelah berapa 0 kat depan tu tapi kurang daripada 0.1%), seolah2 kita minum kopi biasa campur susu je lah. Herba tu pulak, tak tahu dari sumber mana. Adakah dari tempat penanaman herba yang terkawal, berkualiti tinggi, atau ... Wallahualam. Itu lah sebabnya, susah nak cakap sebab ... TAK TAHU.

    Lepas tu, masuk pulak isu HALAL. Kopi CEO memang dapat cop HALAL JAKIM sebab dikilangkan di Malaysia. Bagi yang mungkin tak tahu, kalau sesuatu produk tu tak dikilangkan di Malaysia, memang tak boleh nak dapat cop JAKIM. So, dapat cop HALAL dari negara asal yang diiktiraf pun dah memadai. Yang paling penting, kita tahu apa isi kandungan setiap produk tersebut. Kalau meragukan, perlulah dapat pengesahan pihak yang berkuasa supaya kita dapat gunakan produk tersebut TANPA WAS-WAS, ye dak? Tapi saya memang respect dengan Shuang Hor sebab walaupun pengguna Muslim SANGAT KECIL, minoriti sahaja kalau nak compare dengan majoriti penggunanya yang bukan Islam, mereka tetap menitik beratkan isu HALAL/HARAM dan mendapatkan sijil pengesahan produk daripada negara pengeluar (Taiwan, dan Pakistan-untuk kapsul). 

    Bila kami bercerita tentang isu HALAL ni, tiba2 saya teringat beberapa tahun lepas, cek2 balik e-mail lama - tahun 2007!. Masa tu masih belajar kat MMU, Cyberjaya. Mak saya suka minum kopi Tongkat Ali. Masa tu, memang famous la, rasanya antara zaman kegemilangan MAWI WORLD gittew. Saya tak berminat sangat ngan kopi Tongkat Ali sebab dah ada kopi CEO yang lagi best time tu, so saya try Perl Choco - another product of Power Root jugak. It's a chocolate drink. Because I thought it was 'healthier' than the regular MILO. Ada Kacip Fatimah segala bagai. Rasa memang sedap. Dah minum banyak baru terpikir nak cek ingredients, ada 'Marine Matrix Collagen'. Rasanya time ni, Vitaking (collagen drink) dah ada, so kita jadi 'pandai' lah sikit pasal collagen ni. Sebab collagen, yang kami belajar, ada dari sumber yang HALAL dan BUKAN HALAL. Walaupun secara am-nya Marine-collagen ni bunyi nya macam berasal dari laut (ikan), tapi a bit musykil jugak. Sebelum ni tak berapa nak amik kira sebab pikir kopi Tongkat Ali tu dah ada cop HALAL JAKIM, tapi even though Perl Choco tu TAKDE cop HALAL JAKIM, pakai tulisan jawi (ha-lam alif-lam) pastu bulat kat luar, kita panggil 'HALAL TOGEL' lah, ingatkan macam ok. Tapi lepas dah tau ada kandungan collagen kat dalam dia, jadik musykil sikit. So bila dah was2, kenalah amik port kan? Nak dijadikan cerita, saya pun email lah pihak yang berkenaan. Nasib baik e-mail tak delete lagi...so buktinya di bawah :

    First e-mail sent on 11 July 2007

    First reply by Power Root on 11 July 2007

    Last email sent on 15 Sept 2007, and replied by Power Root on 17 Sept 2007

    Jadi, kesimpulannya, saya e-mail pada 11 July 2007 kepada Sales Department, dan feedback yang pantas diberikan pada hari yang sama. Pegawai dia mintak contact no. untuk follow up. Tapi agaknya saya tak reply sebab masih menunggu keterangan melalui e-mail, tak kunjung tiba. Yerlah, kita suka pada bukti, 'black & white' kata omputih. So pada 15 September 2007, saya reply e-mail beliau beserta no. telefon, mengatakan saya masih belum mendapat penjelasan tentang isu cop HALAL tu dan tentang sumber collagen. Itu je yang saya tanya. Pada 17 September 2007, sekali lagi, feedback yang agak pantas jugak daripada COMPANY BESAR ni, mengatakan yang wakil dia akan contact saya nanti. Lepas tu, memang ada orang call, dan jawapannya ialah :

    "...collagen tu memang dari sumber yang HALAL, dan kami sebenarnya dalam proses untuk mendapatkan pengesahan HALAL dari JAKIM, dan (katanya lagi) cop 'HALAL TOGEL' ('togel' tu saya je yang bagi nama, dia takdelah sebut gitu yer) itu sebenarnya JAKIM yang bagi pakai dulu sementara proses nak dapat kelulusan selesai..."

    Statement last tu macam paling best lah dan saya pun tak tahu kenapa saya jadi terkedu pulak lepas tu, takde bantah apa2. Ooo...K-kan aje. Walaupun pelik kenapa dia tak boleh bagi keterangan ni secara bertulis (e-mail), saya masih menaruh harapan lagi agaknya lepas tu. Betul kot, JAKIM bagi cop 'pre-HALAL' sebelum diorang nak CONFIRM HALAL. Ye la tu kot? Kadang2 kalau gi supermarket, teringin gak nak tengok dah dapat ke cop HALAL JAKIM yang dijanjikan itu, but the last time I checked - few years ago, belum ada lagi. Lepas tu dah tak berminat nak cek dah. Sebenarnya tak pasti produk ni still ada kat pasaran ke tak. Jarang dah lalu section kopi kalau gi Carrefour (now AeonBIG but I still like to call it Kafu :D). So kalau sesape yang ada update tentang produk ni, boleh lah kongsi dengan saya supaya boleh saya kemaskini status terbaru produk ni. 

    Perl Choco 5-in-1
    Dan ada macam2 lagi kami bincang semalam tentang isu produk2 yang sangat pelbagai ada di pasaran sekarang. Yang katanya ramai orang MELAYU tengah gila2 promote. Tapi ramai yang tak tahu (atau mungkin tahu ) yang sebenarnya tahap yang paling tinggi, TAUKE, BUKAN MELAYU pun. So tak rasa pelik ke, kenapa orang MELAYU je yang gilakan, sedangkan TAUKE punya kaum takdelah gila sangat tentang produk tu. Pendek kata, kalau kita nak jual produk kita yang dikatakan sangat bagus dan berkesan, kita nak bagi FAMILY kita makan jugak, atau nak bagi orang lain je makan? Kebetulan pulak, malam tadi ada orang share tentang salah satu produk yang sepupu saya kata tengah 'hype'  - tak perlulah saya sebut nama - dah kantoi tentang isu logo HALAL JAKIM yang dikatakan telah digunakan tanpa kebenaran. Ha sudah... Ini lah benda2 yang kita nak orang nampak, untuk lebih berhati-hati, jangan terlalu mengikut sangat. Saya pun buat research, mintak restu mak dulu sebelum betul2 decide nak mula makan Lingzhi ni tau. Selidik lah dulu. Jangan dok percaya bulat2, k? Renung-renungkan dan selamat beramal... (macam radio IKIM pulak)

    ^_^