Thursday, February 6, 2014

Jangan tertipu!

Bismillah...

Ni entry tertunggak. Alhamdulillah, berjaya menyibukkan diri dengan aktiviti2 luar minggu lepas dan sepanjang masa Naema sangat behave. Kalau nak pikirkan sebenarnya banyak sangat benda nak cerita but the one thing that I want to highlight this time is about - bersyukur berada di dalam 'rumpun' ini, bersyukur berada dalam perniagaan ini, dan bersyukur mempunyai keluarga yang memahami. <3

Few days ago, my husband shared with me about someone's post regarding hanky-panky stuffs yang sebenarnya berlaku dalam sebuah company yang 'kononnya' MLM. Sebenarnya saya masih terkejut bila makin hari company ni  makin berkembang walaupun kalau tak silap, dulu ada dilaporkan sistemnya tak patuh syariah. Wallahualam. Bila dengar pasal benda2 ni, rasa sangat bersyukur sebab sepanjang Shuang Hor dah nak masuk tahun ke 26 di Malaysia, tak pernah sekali pun wujud apa2 benda yang meragukan. Mungkin ramai yang masih negatif tentang MLM, atau berminat nak buat MLM tapi tak tau apa syarat2 wajib dalam MLM. Tak tau company mana yang buat kerja dengan betul dan macam2 lagi persoalan atau pemikiran negatif. Sebenarnya, MLM is a beautiful business if you do it the right way, with the right company, dengan orang2 yang betul. Syarat2 yang perlu dititik-beratkan sebelum memilih sesebuah MLM ialah :

1) Tiada modal
2) Tak perlu menyimpan stok
3) Sistem yang mudah diikuti dan terbukti boleh dicapai
4) Menyediakan latihan dan bantuan percuma
5) Syarikat yang kukuh (sekurang2nya telah beroperasi selama 5 tahun)
6) Produk yang dijual sesuai untuk semua lapisan masyarakat

1) Tiada modal
Apa maksudnya? Tak perlu modal yang tinggi. Tak perlu melabur beribu2 ringgit. Tak perlu buat pinjaman untuk memulakan MLM. Sebab? MLM is an unconventional business. Conventional business atau perniagaan yang biasa memang perlukan modal yang besar, kadang2 pinjaman bank untuk mula. Contohnya nak bukak gerai nasi lemak, mesti sediakan meja, payung, bekas2 nak letak nasi, lauk, kertas balut, sudu, kuali, lesen perniagaan dan sebagainya. Sama juga untuk memulakan printing business (read : Insangpari),  perlu beli printer, cutter, kertas, spare part untuk machine, maintenance fee kalau machine rosak, lesen perniagaan jugak dan bermacam2 lagi. Kalau kita buat bisnes yang macam itu, memang perlukan modal. Paling koman 2-3 ribu tak lari. Tapi, untuk mulakan perniagaan MLM, modalnya haruslah tidak tinggi & tidak membebankan. Contohnya, untuk menjadi ahli Shuang Hor, yuran pendaftaran HANYALAH RM35. Ahli baru akan diberi starter kit yang mengandungi info tentang syarikat, produk dan akta jualan langsung. Juga langganan majalah dwi-bulanan percuma yang mengandungi info terkini tentang produk, maklumat tentang kesihatan, aktiviti syarikat dan lain2. TIADA PRODUK PERCUMA yang diberikan semasa menjadi ahli. Maknanya, tiada PEMBELIAN PAKSAAN. Ada orang yang hanya mendaftar sebagai ahli, tapi selepas beberapa tahun baru mula menjalankan bisnes. Ada yang mendaftar sebagai ahli dan hanya menjadi ahli biasa menggunakan produk harian tanpa menjalan bisnes. Ada pula yang mendaftar dengan keahlian yang sama dan terus menjalankan bisnes dan berjaya sebagai pengedar sepenuh masa. Tak kiralah dah sampai pangkat mana sekalipun dalam Shuang Hor, modalnya cuma RM35!

2) Tak perlu menyimpan stok
Hanya beli apa yang perlu. Shuang Hor mengajar ahlinya untuk TIDAK MENYIMPAN STOK. Dah dapat pesanan dan bayaran daripada pembeli baru pergi ke syarikat beli barang. Ataupun boleh terus order melalui telefon/fax/online. Dengan ini, setiap ahli tak akan terbeban dengan stok yang menimbun tanpa pembeli.

3) Sistem yang mudah diikuti dan terbukti boleh dicapai
Sistem yang dijalankan oleh syarikat mestilah yang mudah dan realistik untuk diikuti. Berbalik kepada point ke-2 tadi - jika sistem syarikat menyuruh ahli menyimpan stok, mungkin ahli2 yang kurang berkemampuan susah nak ikut. Sistem tersebut juga mestilah telah terbukti boleh dicapai, bukan sahaja oleh orang2 terdahulu tetapi juga untuk ahli2 baru. Siapa yang tau tentang Skim Piramid, hanya ahli2 yang berada di atas saje akan dapat keuntungan, yang baru join biasenye akan mengalami kerugian. Walaupun Skim Piramid ni dah terang2 dikatakan HARAM & tidak diiktiraf oleh DSAM, masih ada yang terpedaya dengan 'skim cepat kaya' ni.

4) Menyediakan latihan dan bantuan percuma
Meeting / training haruslah disediakan oleh syarikat untuk membantu pengedar2 menjalankan perniagaan atau belajar tentang produk. Latihan2 ini hendaklah disediakan secara percuma, tanpa mengenakan apa2 bayaran terhadap ahli atau bukan ahli yang hadir. Shuang Hor tidak pernah membayar pakar motivasi atau speaker2 untuk menjalankan seminar. Semuanya dijalankan oleh ahli2 sendiri, dengan perkongsian pengalaman sebenar. Jadi semua perkongsian ialah realistik, ikhlas dari hati, mudah diikuti dan orang yang menghadiri latihan/seminar tidak rasa terbeban kerana tiada bayaran masuk.

5) Syarikat yang kukuh (sekurang2nya telah beroperasi selama 5 tahun)
5 tahun ialah masa untuk sesebuah company itu untuk benar2 stabil dan jika sistemnya betul, insya Allah akan benar2 kukuh untuk terus berkembang. Sesetengah syarikat menghasilkan keuntungan yang tinggi dalam 2-3 tahun pertama, tetapi jika sistemnya tidak betul dan teratur, biasanya keuntungan itu tak akan kekal hingga tahun ke-5 dan seterusnya ... gulung tikar lah. Dan yang paling best pasal Shuang Hor ialah, CEO nye juga ialah pengedar. Maknanya, diorang bukan beberapa orang kaya yang laburkan duit untuk tengok company ni ok ke tak. Diorang pun sebenarnya menjalan aktiviti macam pengedar2 biasa, menjual, menaja, dan servis. So the bonus they're getting is from the same system we're getting our bonuses. Itu salah satu rahsia kejayaan syarikat ni selamat berpuluh2 tahun, dan makin berkembang - globally.

6) Produk yang dijual sesuai untuk semua lapisan masyarakat
Daripada newborn, sampailah orang tua. Lelaki dan perempuan. Yang sakit dan yang ingin mengekalkan kesihatan. Kucing saya yang batu karang pun saya pernah bagi. Sebelum ni banyak kali kene sedut ketul2, lepas bagi minum teh, alhamdulillah kencing die normal without that painful suction. 

So ... masih tercari2? Kalau masih belum jumpa, boleh buat survey lagi. Tapi yang pasti, saya dah jumpa, dan rasanya tak perlu cari yang lain. Sebab memang takde tandingan. Insya Allah next post saya akan share lagi banyak manfaat & kebaikan daripada menjalankan perniagaan sendiri ni.

Till the next one! 

No comments:

Post a Comment