Bismillah...
Alhamdulillah, semalam saya dan 2 downlines berjaya 'crash-in' Home OPP Kak Ummu yang dijalankan di Hulu Langat. Dulu Kak Ummu duduk dekat je, dalam 5 minit je drive dari rumah. Tapi baru2 ni Kak Ummu sekeluarga pindah ke Hulu Langat sebab anak sulungnya nak masuk sekolah tahfiz dekat2 situ. Dah darjah satu dah Abang Naufal tu. So macam biasa, clan dari Puchong ;me, Farhana & my li'l diamond. Clan dari Kajang bergerak sendiri sebab kami tak sempat nak stop untuk ambil die on the way. :)
So kitorang sampai terlewat sikit. Meeting started at 10am. Tapi diamond kecilku yang selalu bangun pukul 7.30am tiap2 pagi without fail, saje je nak bangun pukul 9.10am pagi tu! Saje kan? Menjadi seorang ibu yang cukup tak gemar nak kejut anak die tidur, terpaksa lah menahan geram dan tunggguuuu je lah die bangun. Macam lipas kudung mandikan dengan kelajuan 200km/j, terus ambil Farhana dan DUSH! terus ke rumah Kak Ummu dengan bantuan GPS. (Syukurlah pada sekumpulan manusia yang diberikan ilmu untuk menghasilkan GPS ni!)
Sampai2 je, Kak Ummu tengah buat sharing on how to do the business. Rata2 yang hadir bukan orang baru. Semuanya yang dah kenal produk dan sedang berlatih untuk menjadi leader. Terjumpa Pn Nurrissa yang hampir tak dapat dicam sebab dah semakin cantik penampilannya, Alhamdulillah. :) Kami berkenalan masa selalu pergi Home OPP kat rumah Diamond Norliza kat Subang Jaya, dulu. Lepas Kak Ummu selesai sharing, Diamond Norliza pulak buat perkongsian. Yang seronok pasal business ni, kita boleh sama2 bekerja dengan anak beranak, sedara mara, ipar duai, rakan taulan. Malah, sangat digalakkan untuk melakukan bisnes ni suami & isteri. Pelik sangat ke? Yang lagi pelik kalau syarikat tak benarkan suami dan isteri bekerja dalam satu company yang sama. Ada yang boleh, tapi bukan department yang sama. Kononnya nanti tak buat kerja betul2 ke? Sebab tu lah banyak syarikat, yang lagi korporat darjatnya, lagi tinggilah tahap skandal sesama rakan sekerja. Kalau skandal yang lepas tu terus kahwin takde masalah lah, sangat digalakkan. Skandal cara baik lah maksud saya. Tapi yang skandal tak boleh kahwin ni macam mana? Yerlah, kalau lelaki tu suami orang, dan perempuan tu pulak isteri orang! Nauzubillahi minzalik. Sad but true. Ni pernah berlaku dan pernah saya nampak dengan mata kepala, apetah lagi dengar2 tepi telinga tu. This is why I leave that kind of environment. Kalau dasar pun dah tak betul, hebat macam mana pun syarikat tu, nilai nye takde. So kenapa saya boleh terkeluar topik ni? Sebab nak bagitau, Diamond Norliza ni sebenarnya ialah ibu mertua kepada Kak Ummu. Alahai bestnya, mak mertua Diamond. Mak Kak Ummu pangkat Vice Manager (VM). Adik beradik & ipar duai pun tahap VM dan ke atas. Patutlah selain dapat pergi FREE trip dengan company, diorang selalu dapat pergi bercuti dengan semua orang sekali. Takde masalah susah nak apply cuti dan sebagainya. Seronok kan?
Diamond Norliza, everytime buat perkongsian, selalu je mata masuk habuk. Mana taknya, dah buat business ni selama 20 tahun. Cerita2 die semuanya yang sangat feeling gitu. Beliau jadi Diamond selepas 2 tahun buat business. Masa tahun 1990-an dulu ada sekali ekonomi gawat kat Malaysia, masa tu semua network die hilang sekelip mata. Time tu memang sama2 terasa kegawatan, katenya. Tapi sebab yakin dengan sistem Shuang Hor dan sebab beliau pun bermula dari 'sifar' untuk menghasilkan network yang sebegitu ramai, she got up again, build a new network from absolute ZERO. And masya Allah she's now a true HERO. Semua benda ada hikmahnya, kan. Who knows, her network now Alhamdulillah is much stronger than before. Terbukti sistem Shuang Hor memang boleh dilakukan, dengan syarat - KENA LAKUKAN! If tak buat, memang tak dapat. Diamond Norliza juga cerita pasal her previous trips yang dia dah pergi dengan company. Hong Kong, Jepun, Korea, Paris, dan banyak lagi tempat yang menarik. Yerlah, kalau jadi Diamond, dapat FREE trip 2 KALI dalam SETAHUN! Bukan 2 tahun sekali yer! Dan paling best dia cerita pasal Diamond trip ke Jiuzhaigo. Katanya, jarang atau takde MLM company yang lain sponsor trip ke Jepun, sebab mahal. Tapi diorang punya trip bukan setakat pergi tempat2 best, tapi treatment 5 star. Hotel selesa sangat, bukan hanya sedepa je bilik (sebab ada orang kata company bagi free trip tapi bilik muat2 katil je, nak solat pun susah). Kata Diamond Norliza lagi, Jiuzhaigo tu (pernah dengar ke nama tempat ni? nak nyebut pun macam berbelit lidah kan?) cantiknya masya Allah, kalau pergi tengok tasik die, dah tak pandang tasik lain dalam dunia ni. Ye ke? Kite yang jakun ni pun balik terus double check ngan Mr Google. Kot Diamond Norliza saje2 je cakap nak buat kita terliur kan? Sekali, nah!
Subhanallah! Cantik yang amat. Memang beruntung lah sape yang dapat ke sini. Insya Allah, kita semua pun dapat melihat keagungan Allah yang Maha Besar ni secara LIVE suatu hari nanti.
Agak2nya, rasa berbaloi tak? Dapat pergi melawat tempat2 menarik, dengan family sendiri, lepas tu bila dah ada cucu (macam Diamond Norliza sekarang), boleh main dengan cucu anytime, dukung & segala bagai sebab badan masih kuat & sihat Alhamdulillah. Anak2 & menantu pun dapat tengok anak2 diorang membesar depan mata. Berbaloi ke? Bukan susah pun. Buat sharing dengan seberapa ramai manusia yang kita jumpa je! Sharing je! Bukan bawak stok berguni2 pergi ketuk pintu rumah orang. Bukan pergi jumpa client yang kita tak suke sebab boss suruh. Hanya sharing. BERKONGSI. It's like spreading in clusters. One cluster - mak bapak, adik beradik. Second cluster - Mak bapak sedara, sepupu. And then, it's a repetition. Bila kita dah kahwin, kite share dengan mak bapak mertua, adik beradik ipar. Lepas tu mak bapak sedara belah pasangan kita, dan sepupu dia. Dan macam tu lah sambungannya. Belum cerita bab kawan2 sekolah, kawan sekerja, jiran sebelah rumah, kalau yang duduk rumah flat tu, jiran kiri kanan atas bawah. Belum cerita yang kes2 sakit kronik lagi. So bayangkan kita lukis macam mana our network can grow. Dan bayangkan setiap seorang tu pakai ubat gigi Greenzhi sahaja setiap bulan pun, dah boleh jadi Diamond tu! Habis tu ape pasal kita ni tak jadik Diamond lagi??? Sebab tak buat lah! Diri sendiri tak buat, jangan nak salahkan jiran depan rumah tak bukak pintu, yer!
*Gedebush!*
Bukanlah tak buat langsung. Selama ni ambil sambil lewa. Ingatkan duit tak penting sangat. Sekali bila minyak naik harga, kangkung je yang turun, barulah terkejar2 nak practice balik present 10 OPP Flipchart depan cermin. Bukan tak tau. Bukan tak pandai. Cuma tak bukak mulut je. Sekali bukak, dah rasa macam takleh stop pulak. Ha rasakan.
Oklah, dah banyak melalut pulak. Nak tamatkan entri kali ni dengan sharing dari Cik Fathiah, downline Kak Ummu. Beliau sekarang ni masih menguruskan satu kes nenek yang mengalami masalah Tekanan Darah Tinggi (High Blood Pressure) serta masalah2 lain. Haritu ditahan di IJN, sebab ada masalah jantung. Masuk ICU. Pergi ke HKL, doktor suruh balik ke rumah. Paham kan? Maknanya doktor kata dah tak boleh buat apa2 - sila bersedia di rumah. Inilah yang seronok berada dalam Shuang Hor. Kami belajar untuk memberikan harapan. Bukan harapan palsu, saje2 untuk bagi family gembira. Tapi harapan yang insya Allah, jika diizinkan Allah, dapat mengurangkan beban dan memberi peluang untuk kesihatan badan pulih. Alhamdulillah, sekarang nenek tadi kian beransur pulih. Darah kotor warna hitam yang patutnya keluar dari badan dah keluar. Daripada tak sedarkan diri masa kat ICU, sekarang matanya dah boleh bagi respon, nampak orang lalu-lalang. Cik Fathiah dah siap kene muntah satu badan pun masa menziarah nenek tu. Huhu. Takpelah, pengorbanan kecil sangat nak dibandingkan dengan keadaan nenek yang semakin baik tadi. Subhanallah. Siapalah kita nak cakap ajal orang tu nak sampai. Manalah tau, orang yang sihat yang menjaga nenek tu dulu yang pergi. Allah kan Maha Besar. Jangan lupa tu.
Baru2 ni, saya dapat tau salah seorang saudara saya meninggal dunia, Kanser hati, terminal stage. Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Rasa sedih sebab selama saya jumpe arwah, tak pernah tau dia ade penyakit. Tapi takdelah selalu jumpa. Selalu time Raya je, sebab arwah duduk kat kampung saya, Segamat. Berborak dengan sepupu saya, sempat saya berkongsi tentang simptom2 awal kanser :
1) Selalu letih / mengantuk ; tanda2 kurang oksigen
2) Kerap demam / sakit lambat baik ; tanda2 sistem immune lemah
Antara simptom2 penyakit hati pula :
1) Kuning - mata / kuku / tapak tangan
2) Perut buncit & keras - sebenarnya hati dah membengkak
Sepupu saya pun tanya, "kalau dah kuning tu, dah lambat dah kan?". Sebenarnya, hanya jika dah meninggal je dah lambat. Selagi masih bernyawa, kita boleh usahakan lagi. Tapi penyakit hati, lagi2 kanser hati ni memang kalau cek dengan hospital, masa stage awal2 tu jarang dapat detect. Biasanya by the time doktor sahkan seseorang tu ada kanser hati, tup2 dah stage 4. Sama la kes dengan arwah saudara saya tadi. Kata anaknya, bila dapat tau tu dah stage akhir. Kami pun tak ramai yang tau pasal penyakit arwah. Tapi saya selalu berpesan pada diri sendiri dan orang lain. Tugas kita bukan untuk melawan takdir, menolak ajal. Tapi untuk meringankan beban. Jika dapat kita kurangkan sakit walau sedikit pun daripada pesakit, rasanya dah cukup membantu buat keluarganya.
Kata Diamond Norliza lagi dalam sharingnya semalam :
"Biar kita mati nanti, senang anak2 nak mandikan. Suka orang nak uruskan. Biar lepas kebumi, anak2 boleh terus makan"
Renung2kanlah.
Photo taken by yours truly. Diamond Norliza, with her daughter, menantu, cucus, and fellow downlines. :)
Nicely written. Jazakillahukhairan my dear :)
ReplyDeleteVery nice.
ReplyDelete