Wednesday, April 9, 2014

Pendaftaran SSM - Online/Offline

Bismillah.

Hari Isnin minggu lepas, teringat nak cek tarikh luput SSM untuk Insangpari. Memang dah tau SSM expired dah tapi tak sure bila. Sejak join online Basic Accounting kat FB (by Amani Management Resources), ada lah diorang cakap pasal SSM ni, kena renew every year. Kalau dah setahun expired, takleh renew dan sebagainya. Asalnya, join kelas akaun sebab nak uruskan duit keluar masuk supaya senang nak kira2 untuk saving. Yerlah, dah bertahun2 berniaga, memang syukur sangat2 sebab takat ni Alhamdulillah belum ada masalah kewangan yang besar, tapi nama nak menyimpan tu, asyik tak nampak aje. Sebab duit dah bercampur2, asal nampak banyak gi beli tah ape2. Asal sikit baru reti nak dok diam kat rumah kan? Rupa-rupanya, banyak jugak kena belajar tatatertib berniaga ni kalau nak tau. Walaupun kita buat business kecil-kecilan, sebenarnya tak boleh dipandang remeh. Iyelah, kita nak 'minta' orang bagi duit, produk/servis mestilah setimpal dengan harga tu kan? Dan bukan takat tu je, banyak dokumen2 yang perlu disediakan supaya senang nak declare kat LHDN nanti. Itu lagi satu point baru kenal tahun ni -- CUKAI! Aish, sebelum kenal cukai, kena kenal dengan ZAKAT dulu, yer! Katanya bulan April ni lah bulan yang paling sibuk atau ramai orang mula sibuk sebab nak uruskan akaun/audit dan sebagainya sebelum submit ke LHDN sebelum bulan Jun. Hm...since Insangpari punya akaun pun baru nak mula susun dari Januari 2014 (tahun2 lepas tak kira lah, tak dan nak backtrack sampai 4-5 tahun lepas punya cerita), alamatnya tahun 2015 nanti lah baru declare segala untung rugi turun naik nya. Tahun 2015 pulak, dijangka kelam kabut jugak sebab nanti peniaga2 semua akan dikenakan GST. Wait, let me rephrase -- pembeli2 akan dikenakan GST supaya peniaga boleh bayar GST tersebut pada kerajaan. Pendek kata, tahun depan semua naik harga. So alang2 nak buat namecard tu, print sampai 1000pcs terus lah. Jangan print sikit2, k? Tahun depan mahal dah. ^_^

Ok, berbalik pada hari Isnin minggu lepas (31/3/2014), tengah kemas2 meja yang bersepah (macam biasa), terjumpa surat perakuan SSM, dah siap print dengan salinan IC. Asalnya haritu nak renew online je (sebab register pun online). Tapi alkisah, rupanya kalau dah expired, kena renew kat counter rupanya. Memang tau tarikh luput April 2013, tapi tak sure berapa haribulan. Sekali cek -- 2/4/2013. Ok. What??? Esoknya dah 1/4/2014! Kalau pergi esok buatnya ada apa2 hal, memang tak boleh jadik, kena pergi dan dan tu jugak. Time tu dah kul 12.30 tengah hari.

Dipendekkan cerita, sampai di Plaza Alam Sentral, Shah Alam dalam pukul 3+ pm. Nampak tak last minute dia camne? Sampai2 je terus naik tingkat 3. Memang tingkat 3 ni jual barang2 IT macam kat Digital Mall, Lowyatt ape sume tu. Tapi percayalah, memang office SSM kat tingkat tu jugak. Jalan je cari, takkan miss punya sebab office SSM ni besar macam bank dan terpampang logo kat pintu kaca. Masuk2 kena cakap apa yang kita nak buat (untuk kes ini : Renew SSM) kat tempat nak ambil nombor giliran, nanti Jaga tu akan bagi Borang A1 : Permohonan Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan. Oh, lupa nak cakap, untuk renew, yang korang kena bawak cumalah IC original & surat perakuan SSM yang terdahulu je. Dah siap isi borang tu, tunjuk balik kat Jaga, nanti baru dia bagi nombor giliran. Surprisingly, memang ramai orang kat situ, tapi kaunter nak renew SSM tu, laju je. Kaunter lain tak pasti pulak. Mula2 tu confident je ingatkan renew SSM RM35 (tak tau lah  mana dapat angka ni), so bawak duit ngam2 untuk 2 tahun punye renewal + denda lewat renew. Masa ni ingatkan denda RM60 (ni pun tak tau jugak macam mana boleh ada nombor ni dalam kepala otak). Sat gi sampai kat kaunter -- 

"Nak renew 2 tahun? RM120 tau" 
"Erk...oh ye ke. Bukan RM35/setahun ek? Erm, setahun je lah camtu"
"Ni dah nak setahun expired. Satu hari je lagi. Kompaun dah sampai maximum ni. Kena bayar lagi RM140"
*Gulp!* "Alamak ye ke. Err..."
"So, macam mana?" -- Time ni blur...macam mana apa pulak Akak ni, takkan dia nak suh kita balik je takyah renew? Lupakan niat nak bukak kedai 8 cawangan satu dunia? Angan2 tinggi menjulang ni.
"Erm, kena bayarlah jugak kan?"
"Hm, ok. RM140 yer"
"Pakai kad boleh tak, kak? Saya tak cukup cash lah."
"Kalau nak pakai kad kena pergi kaunter hujung sana..."
"Ooo..." dah siap2 nak pergi kaunter hujung tu dah...
"Ke...nak buat rayuan?"
"Ha? Boleh ke buat rayuan?"
"Boleh, pergi masuk pintu sebelah sana tu"

Ohh...itulah maksud Akak tu tadi agaknya. Dia tanya kita 'macam mana' tu, like... macam mana nak settle? Manelah reti kan, selama ni tau kalau dah bagi harga, kenalah bayar. Tak reti nak mintak diskaun. (Eh, ye ke? Selalu kalau beli sayur kat pasar pun mintak diskaun?) Syukurlah tak cukup cash time tu kan? Kalau tak, dah selamat seratuih empat puluh melayang. Lepas buat rayuan tu, cuba teka berapa kompaun kena bayar? Alhamdulillah, half price! So, lebih kurang macam bayar renewal untuk tahun lepas yang tak bayar tu + RM10 denda. Ok la tu kan? 

Ok sangat! 

So pengajarannya di sini, sila tulis tarikh keramat besar2 pada dinding office anda supaya sejarah TAK mungkin berulang lagi. :) Dan juga, if nak renew online, make sure 3 bulan sebelum tarikh tamat yer! Ataupun, jangan bawak cash banyak sangat! :D Untuk yang tak tau macam mana nak register SSM ni, ada 2 kaedah -- online dan offline. Ada pros and cons dia. Saya register SSM dulu, online je, sebab memang tak gemar nak pergi beratur kat kaunter macam kat bank dan sebagainya. Sebab tu bayaran bil semua buat online. Kalau kena charge RM2 pun, berbaloi sangat dengan masa dan tenaga nak pergi ke sana. TAPI register SSM ni bukan macam bayar bil kat MB2U ke CIMBClicks tu. Not that easy. Memang renyah. Tips nya :

1) Sila buka website SSM dengan menggunakan Internet Explorer. Kalau bukak pakai Safari ke Chrome ke Firefox ke, kirim salam sampai tahun 2041 belum tentu boleh register.
2) Sila tarik nafas dan bersedia untuk menghadapi server portal kerajaan yang mungkin akan overloaded menyebabkan keseluruhan proses menjadi 2-3 hari bekerja.

Yerp, that long. But, still I prefer to do it online sebab sambil nak tunggu server tu ok balik, banyak kerja lain boleh buat. Anyways, sebelum nak register business anda, perkara yang paling penting ialah NAMA PERNIAGAAN. Boleh baca guidelines kat sini. Secara kesimpulannya :

1) Kalau nak letak nama sendiri sebijik macam dalam IC, tak perlu buat permohonan untuk approval.
2) Kalau nak buat nama perniagaan, bukan menggunakan nama sendiri, baru kena apply untuk approval dari Registrar of Business (ROB).
3) Nama perniagaan jangan panjang sangat. Tak boleh pelik2 dan tak berkaitan, contohnya "Kedai Dobi Kak Limah" tapi sebenarnya restoran masakan Thailand. Memang tak boleh.
4) Tak boleh letak nama2 yang sensitif, contohnya nama gelaran2 di Raja, dan sebagainya.
5) Kalau Pemilik Tunggal (Sole Proprietorship), mesti letak Enterprise kat hujung nama contohnya Insangpari Enterprise. Kalau partnership mesti ada Sdn Bhd kat hujung nya lah.

Ok, tu antaranya lah. Lepas dah dapat approval nama tu, baru boleh register ROB kat SSM. Sebelum tu, ni harga pendaftaran baru dan pembaharuan, untuk rujukan. Perhatikan - RM20 untuk sebarang Perubahan Maklumat Perniagaan. So make sure plan betul2 alamat nak letak kat mana, nak buat sorang ke, partnership ke, etc. Tak payah nak keluar duit banyak sangat. Walaupun RM20 tu takdelah mahal mana, tapi 1) proses lama, 2) jangan naikkan kos untuk berniaga. Ni baru nak bukak kedai. Buat yang wajib2 aje.

AktivitiFi
Pendaftaran BaruNama tred – RM60 setahun
Nama Sendiri - RM30 setahun
Cawangan - RM5 setahun bagi setiap cawangan
Perubahan maklumat perniagaaanRM20
(Penambahan cawangan - RM5 setahun bagi setiap cawangan)
Pembaharuan pendaftaran perniagaanNama tred – RM60 setahun
Nama Sendiri - RM30 setahun
Cawangan - RM5 setahun bagi setiap cawangan
Maklumat perniagaanRM10
Ok, dah faham summary nye? So, dah decide nama perniagaan dan sediakan duit yang secukupnya? Kalau dah, boleh lah register online kat sini. Bacalah step-by-step dia dari 'How to start?' hinggalah ke penyudahnya. Jangan lupa tips pertama tadi -- BUKAK GUNA INTERNET EXPLORER SAHAJA.

Kalau tak nak register online, boleh pergi terus ke kaunter SSM yang berdekatan. Sijil tu dapatlah on the spot. Cuma kena bayar extra duit tol, minyak dan masa perjalanan je lah :) Yang saya pergi hari tu untuk renew, di Shah Alam. Ni alamatnya :

Tingkat 3, Plaza Alam Sentral,
Jalan Majlis, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor

Untuk cawangan2 lain, boleh rujuk di sini.

Kenapa nak kena register dengan SSM kalau berniaga? Jawapannya ialah kerana ...

"A person who carries on business without registering a business 
commits an offence under the ROBA 1956 and if found guilty be fined 
not exceeding RM50,000 or imprisonment for a term not exceeding 
two (2) years or both. "

Ada paham?