Tuesday, February 25, 2014

Menjengah cinta lama

Selamat pagi!

I almost forgot how good it feels to hold a fabric and ... SEW! Alhamdulillah, masih diberikan nyawa dan deria untuk menyentuh (kain), melihat (corak2) dan mendengar (bunyi mesin jahit!). Yesterday, after sending +Insangpari's right hand (read : machine) to the service centre, thought to visit Tok My in Subang, since service centre is just 20mins away from my 'kampung'. Found out that she's in Rayyanah Raudhah, so we bought some food and dashed over there. What's supposed to be a lunch-and-solat-pitstop turned out to be SO MUCH MORE THAN THAT!

Sampai2 je, all three 'girls' were busy with their fabrics. So we barged in.

"Assalamualaikum (assalamualaikummmm - echo from my mini me) Eyy, korang buat ape ni?" Macam best je tengok.
"Main jahit2..."
"Wow! Bestnye!" Even more excited now. 

So Naema and I had our lunch, and after Zohor, patutnya ada appointment with Pn Nisha in Cheras, but since the appointment was cancelled, thought to go back straight home. Mainly because phone was out of battery - didn't bring charger (pandai #1) - didn't bring laptop (pandai #2). Oh, how are we so dependant on these gadgets nowadays!!! And to make it a full of gadget-less day, the house's Wi-Fi is not working (which didn't quite affect me) but it apparently has affected the 'girls' that made them so frustrated and continue sewing like there's no tomorrow. Hey! What a good thing, eh?

Naema really made herself at home. Running everywhere - with tangled ribbons all over the body - trying to tangle them even more. What a lucky girl. I never got the chance to go NEAR the sewing room when I was small. She got to RUN AROUND the area. ^_^ While I was amazed by the beautiful creations they were doing (at the same time,hands bit itchy touching this and that), suddenly it was quite. "Naema dah tido", mom said. Whatttt??? But battery dah habis! Nak balik!!! (Itu yang dipikirnya) Oh well, takpelah, boleh jahit. Heeee. So I grabbed a chair and started what I have left since hours before Naema was born. Yea, that's how long I've not involved in any sewing activities. Of course life is so much fun after she's born. ♥ But now, maybe with the production of +Insangpari is partially on halt and Naema having her quality nap (because she doesn't normally fall asleep easily at home-sometimes she just don't), I might be spending more time with these beautiful girls-at-heart. I'm about to open up my bag full of fabric stash (yeah, I've stopped sewing, but that does not mean I've stopped buying fabrics and get inspired) when Aunty Siti showed some of her (many) creative ideas to work on the fabric scraps (ada 3 guni!) given by Kak Yati from Mama's Hijab. Mama's Hijab is actually a business done by Kak Yati a.k.a. our neighbour who does beautiful and comfortable hijab. We have bought a lot from her and we might buy more soon. :) I don't think she has an FB account, but you can call her anytime to make an appointment. 

So here are some of the things the ladies did yesterday...

The top left pic is my project from fabric scraps. The rest of the pics are the ladies working on the carrier for makanan. I don't know what to call it. Should have taken a pic with the makanan inside next time.

And of course, the entire time, li'l Naema did some freestyles...



The 'food carriers' they made will be sold in the bazaar sale they're planning sometime in March. Do come by if you're in the neighbourhood. Car parks are such a pain in that area but a little walk would do good to our heart, you know. :)

I plan to go again today, since I have an appointment in Subang too in the afternoon. Might as well spend some quality time with mom. Till the next one!

Monday, February 24, 2014

Antara cop HALAL JAKIM & HALAL TOGEL

Alhamdulillah, semalam dapat hadir ke Seminar di Shuang Hor jam 3-5 petang. Speaker pertama, Mr Robert Yap - berkongsi tentang cara untuk memantapkan pemahaman & pembentangan OPP FlipChart. Speaker kedua pula, Dr Haslina - berkongsi tentang bagaimana beliau jatuh cinta kali ke-2 dengan Shuang Hor (kali pertama tahun 1990-an) ketika ayah beliau sedang sakit (tahun 2008). Perkongsian yang sangat menarik, tapi akan diceritakan lain kali. Sebab untuk entry yang ni, nak kongsi tentang apa yang saya baru cerita dengan sepupu semalam.

Borak punya borak (via WhatsApp), masuk la hal KOPI. Sebab sepupu saya ni, Pn Hajar, sedang mengandung, so katanya die telah dihentam hebat oleh *ehem* antara orang terdekat lah sebab 'orang kata' ibu mengandung takleh minum kopi. So since Pn Hajar ialah peminum tegar kopi CEO kita sejak sebelum kahwin hingga sekarang (kandungan ke-2), dia pun agak kiciwa di situ sebab ramai yang tak tau kebaikan kopi - khususnya kopi CEO. So sebenarnya ada kajian di US yang menyatakan caffein dalam kopi (sebab teh & koko pun ada caffein gak, tapi ni die kate specifically dalam kopi), jika diambil dengan dos yang tertentu, boleh mencegah penyakit hati. Dulu saya ada keratan akhbar ni tapi nanti kene korek balik lah yer, mana tah simpan. Sebelum terlupa, saya tulis je dulu. Jadi Pn Hajar meminta saya untuk membuat flyer (yang menarik) tentang kebaikan kopi CEO supaya semua orang faham tentang kandungan Lingzhi dalamnya agar tiada hentaman lagi yang bakal diterima. Hehehe. Baiklah, akan diusahakan secepat mungkin, cikgu! Insya Allah. :) **Extra info bagi yang tak tahu : CEO Cafe mengandungi Yung Kien Lingzhi, dan Lu Chun Tea pula mengandungi Jia Hor Lingzhi. Harap maklum ^_^ Kalau nak tau apa bezanya, di episod yang lain kali lah yer. Or call /e-mail saya untuk tanya. :)

Lepas tu masuk pulak bab kandungan dalam kopi 3-in-1 yang biasa orang jual kat kedai tu, banyak keraguan. Banyak kes yang kata kajian mengesahkan ada kesan 'steroid' dalam kopi yang kononnya ada sejenis herba dalamnya. Ada pulak yang kata, kopi 'herba' yang ramai orang kata bagus, bagi tenaga lepas minum, sebenarnya memberi tenaga sebab kandungan gula yang tinggi. Yerlah, kalau gula banyak sangat kan otak kita jadi over-stimulated. Sebab tu jangan ajar budak2 makan benda2 manis. Kang diorang hyper sangat sape nak jaga kalau susah tidur malam. ^_^. Sebab tu ada jugak yang kata kopi CEO kita pahit, walaupun yang ada gula (ada kopi CEO Tanpa Gula). Dah biasa minum kopi lain yang konon SEDAP la tu! Gula je lebih tau. Be careful, k? Ada juga kes yang kata ade pelbagai jenis herba dalam 1 paket tu tapi kandungan herbanya (setelah dikaji) cumalah 0.0001% (tak surelah berapa 0 kat depan tu tapi kurang daripada 0.1%), seolah2 kita minum kopi biasa campur susu je lah. Herba tu pulak, tak tahu dari sumber mana. Adakah dari tempat penanaman herba yang terkawal, berkualiti tinggi, atau ... Wallahualam. Itu lah sebabnya, susah nak cakap sebab ... TAK TAHU.

Lepas tu, masuk pulak isu HALAL. Kopi CEO memang dapat cop HALAL JAKIM sebab dikilangkan di Malaysia. Bagi yang mungkin tak tahu, kalau sesuatu produk tu tak dikilangkan di Malaysia, memang tak boleh nak dapat cop JAKIM. So, dapat cop HALAL dari negara asal yang diiktiraf pun dah memadai. Yang paling penting, kita tahu apa isi kandungan setiap produk tersebut. Kalau meragukan, perlulah dapat pengesahan pihak yang berkuasa supaya kita dapat gunakan produk tersebut TANPA WAS-WAS, ye dak? Tapi saya memang respect dengan Shuang Hor sebab walaupun pengguna Muslim SANGAT KECIL, minoriti sahaja kalau nak compare dengan majoriti penggunanya yang bukan Islam, mereka tetap menitik beratkan isu HALAL/HARAM dan mendapatkan sijil pengesahan produk daripada negara pengeluar (Taiwan, dan Pakistan-untuk kapsul). 

Bila kami bercerita tentang isu HALAL ni, tiba2 saya teringat beberapa tahun lepas, cek2 balik e-mail lama - tahun 2007!. Masa tu masih belajar kat MMU, Cyberjaya. Mak saya suka minum kopi Tongkat Ali. Masa tu, memang famous la, rasanya antara zaman kegemilangan MAWI WORLD gittew. Saya tak berminat sangat ngan kopi Tongkat Ali sebab dah ada kopi CEO yang lagi best time tu, so saya try Perl Choco - another product of Power Root jugak. It's a chocolate drink. Because I thought it was 'healthier' than the regular MILO. Ada Kacip Fatimah segala bagai. Rasa memang sedap. Dah minum banyak baru terpikir nak cek ingredients, ada 'Marine Matrix Collagen'. Rasanya time ni, Vitaking (collagen drink) dah ada, so kita jadi 'pandai' lah sikit pasal collagen ni. Sebab collagen, yang kami belajar, ada dari sumber yang HALAL dan BUKAN HALAL. Walaupun secara am-nya Marine-collagen ni bunyi nya macam berasal dari laut (ikan), tapi a bit musykil jugak. Sebelum ni tak berapa nak amik kira sebab pikir kopi Tongkat Ali tu dah ada cop HALAL JAKIM, tapi even though Perl Choco tu TAKDE cop HALAL JAKIM, pakai tulisan jawi (ha-lam alif-lam) pastu bulat kat luar, kita panggil 'HALAL TOGEL' lah, ingatkan macam ok. Tapi lepas dah tau ada kandungan collagen kat dalam dia, jadik musykil sikit. So bila dah was2, kenalah amik port kan? Nak dijadikan cerita, saya pun email lah pihak yang berkenaan. Nasib baik e-mail tak delete lagi...so buktinya di bawah :

First e-mail sent on 11 July 2007

First reply by Power Root on 11 July 2007

Last email sent on 15 Sept 2007, and replied by Power Root on 17 Sept 2007

Jadi, kesimpulannya, saya e-mail pada 11 July 2007 kepada Sales Department, dan feedback yang pantas diberikan pada hari yang sama. Pegawai dia mintak contact no. untuk follow up. Tapi agaknya saya tak reply sebab masih menunggu keterangan melalui e-mail, tak kunjung tiba. Yerlah, kita suka pada bukti, 'black & white' kata omputih. So pada 15 September 2007, saya reply e-mail beliau beserta no. telefon, mengatakan saya masih belum mendapat penjelasan tentang isu cop HALAL tu dan tentang sumber collagen. Itu je yang saya tanya. Pada 17 September 2007, sekali lagi, feedback yang agak pantas jugak daripada COMPANY BESAR ni, mengatakan yang wakil dia akan contact saya nanti. Lepas tu, memang ada orang call, dan jawapannya ialah :

"...collagen tu memang dari sumber yang HALAL, dan kami sebenarnya dalam proses untuk mendapatkan pengesahan HALAL dari JAKIM, dan (katanya lagi) cop 'HALAL TOGEL' ('togel' tu saya je yang bagi nama, dia takdelah sebut gitu yer) itu sebenarnya JAKIM yang bagi pakai dulu sementara proses nak dapat kelulusan selesai..."

Statement last tu macam paling best lah dan saya pun tak tahu kenapa saya jadi terkedu pulak lepas tu, takde bantah apa2. Ooo...K-kan aje. Walaupun pelik kenapa dia tak boleh bagi keterangan ni secara bertulis (e-mail), saya masih menaruh harapan lagi agaknya lepas tu. Betul kot, JAKIM bagi cop 'pre-HALAL' sebelum diorang nak CONFIRM HALAL. Ye la tu kot? Kadang2 kalau gi supermarket, teringin gak nak tengok dah dapat ke cop HALAL JAKIM yang dijanjikan itu, but the last time I checked - few years ago, belum ada lagi. Lepas tu dah tak berminat nak cek dah. Sebenarnya tak pasti produk ni still ada kat pasaran ke tak. Jarang dah lalu section kopi kalau gi Carrefour (now AeonBIG but I still like to call it Kafu :D). So kalau sesape yang ada update tentang produk ni, boleh lah kongsi dengan saya supaya boleh saya kemaskini status terbaru produk ni. 

Perl Choco 5-in-1
Dan ada macam2 lagi kami bincang semalam tentang isu produk2 yang sangat pelbagai ada di pasaran sekarang. Yang katanya ramai orang MELAYU tengah gila2 promote. Tapi ramai yang tak tahu (atau mungkin tahu ) yang sebenarnya tahap yang paling tinggi, TAUKE, BUKAN MELAYU pun. So tak rasa pelik ke, kenapa orang MELAYU je yang gilakan, sedangkan TAUKE punya kaum takdelah gila sangat tentang produk tu. Pendek kata, kalau kita nak jual produk kita yang dikatakan sangat bagus dan berkesan, kita nak bagi FAMILY kita makan jugak, atau nak bagi orang lain je makan? Kebetulan pulak, malam tadi ada orang share tentang salah satu produk yang sepupu saya kata tengah 'hype'  - tak perlulah saya sebut nama - dah kantoi tentang isu logo HALAL JAKIM yang dikatakan telah digunakan tanpa kebenaran. Ha sudah... Ini lah benda2 yang kita nak orang nampak, untuk lebih berhati-hati, jangan terlalu mengikut sangat. Saya pun buat research, mintak restu mak dulu sebelum betul2 decide nak mula makan Lingzhi ni tau. Selidik lah dulu. Jangan dok percaya bulat2, k? Renung-renungkan dan selamat beramal... (macam radio IKIM pulak)

^_^

Wednesday, February 12, 2014

Point of Sales

"Point of sale (also called POS or checkout) is the place where a retail transaction is completed. It is the point at which a customer makes a payment to the merchant in exchange for goods."

Begitulah kata En (Wiki) Pediaaa. Dalam erti kata lain, POS ni tempat yang pembeli sah membeli barang dan penjual sah menjual barang tersebut. Dalam apa2 urusniaga pembelian, ini adalah perkara yang paling penting. Sebab kalau takde POINT OF SALE. Takdelah SALE nye, ye dak?

Dulu masa kerja kat Starbucks, kitorang selalu diingatkan untuk senyum, create conversation, suggestive selling, thank the customers dan tunjukkan ke tempat seterusnya yang diorang kene pergi untuk amek air. Kenapa? Penting sangat ke benda2 remeh di atas ni? Meh saya elaborate sikit :

Senyum 
Pernah tak korang lalu depan kedai, pastu nampak salesgirl muka kelat pastu korang tak jadi nak masuk walaupun ade baju liplap-liplap tengah memanggil2 kat dalam kedai tu? Ha...sebab tu lah. Orang kata senyum tu kan sedekah. Sedekah membawa barakah. :)

Create conversation
So kalau dah senyum, customer dah masuk, takkan nak jadik macam patung pulak kan? Bermesralah sikit. Kalau regular customer, boleh lah tanya macam "Ape khabar kak? Banyak shopping nampak? Nak minum ape harini?". Atau kalau first time customer, agak2 dah takde idea creative, boleh lah guna ayat cliche "Hi, how can I help you, Ma'am?"

Suggestive selling
Selalunye customer order Tall Latte, kite akan tanya, tak nak amek Grande ke, seringgit je beza. Kalau ada yang tak tau, Tall is the smallest size (dulu ade lagi kecik, Short), pastu Grande is the medium and Venti is the largest drink size kat Starbucks. Sometimes customer akan cakap "Oh ye ke? Okla, amek Grande." Lepas tu pulak, akan tanya, "Tak nak try our English Scone?" "Sedap ke?" "My favourite. Kalau panaskan lagi sedap" "Oklah, give me one". Itu je. Suggest je. Bukan tipu pun. Lagi2 kalau kita suggest benda yang kita suke, lagi orang akan percaya & teringin nak beli.

Thank them
Dalam apa2 urusniaga pun, mesti kita akan cakap 'Terima kasih' kat customer kan? Kalau orang masuk kedai tak beli apa2 pun, kite still akan berterima kasih sebab sudi datang jenguk kedai. :)

End the transaction
Last sekali lepas dah selesai buat bayaran, ni specifically kalau kat Starbucks lah yer, person at the POS akan direct customers to the expediter, tempat untuk menunggu & mengambil order. Jadi customer tau lah apa dia kena buat untuk terima pesanan tadi. Dah dapat minuman & makanan yang dihajati, barulah selesai transaksi jual-beli tersebut.

Nak beli barang je kan? Apa yang susah sangat nak kena bersistematik senyum & upsell segala bagai? Inilah yang ramai peniaga tak tau. Atau tak nak ambil tahu. Zaman sekarang, ramai orang nak dan dah berniaga pun. Alhamdulillah. Online, offline, semua ada. Tapi tak ramai yang boleh maintain business nya. Sebab apa? Takde etika dan adab ketika berjual beli. Mentang2 berniaga online, customer tak nampak muka kita, cume nampak profile pic yang konon2 ceria tu je, kite pun buat endah tak endah je bila ade orang nak order. Eh, KITE ke? Bukan saya lah kot. 'Kite' mewakili 'penjual'. Ehem, hehe. Ada sesetengah penjual mempunyai sikap memburuk2kan pembeli, macam update kat status "Eh, orang ni tak reti2 ke nak bayar. Berapa kali PM, call tak angkat". Contoh je la tu. Memang ada. Sebagai penjual, tak kiralah online / offline, kita kena selalu hormat pembeli, dan juga pesaing kita sekalipun. Paling utama, SENYUM! Masa nak reply e-mail / PM, senyum je. Insya Allah akan affect penulisan & penyampaian kita tu jadi elok belaka. Lebih2 lagi kalau text messages ni, kalau tak ditulis dengan betul, intonasi bacaan mungkin salah bunyinya. Elakkan menggunakan tanda seru (!) sebab tu nampak macam kita menjerit / marah. Jika dihujung ayat ade lebih daripada satu noktah (...) nampak macam kita jawab sambil lewa. Contoh text message :

Pembeli : Boleh tak saya nak tukar warna biru ni jadi hijau?
Penjual : Boleh...

Nampak tak? Macam nak kata "Boleh...banyak cekadak betul la die ni. Haritu kate nak biru ni nak hijau pulak". Haaa... itulah kemungkinan yang berada dalam fikiran orang yang baca tu. Lagi satu, untuk nampak lebih professional & serious dalam urusniaga, seeloknya cakap dalam bahasa yang formal, dan elakkan menggunakan shortforms. Type je kot, bukan lenguh tangan nak kene tulis. Antara yang selalu digunakan :

sy = saya
yg = yang
x = tidak / bukan
bg =bagi / background
pls = please
dunno = don't know

...dan sebagainya lah. Memanglah tak salah. Kalau tengah SMS/WhatsApp tu mungkin boleh dimaafkan, sebab biasanya kita reply sambil on the go. Sambil berjalan ke, memasak ke, nak cepat kan? Tapi kalau e-mail atau PM di FB, macam cikgu2 ajar buat karangan kat sekolah dulu la kan. mesti ada ayat pembuka "Dear Ms You," dan hujungnya tulis "Best regards, Me". Kan sedap mata memandang. 

Bukan apa, bila kita bagi a very good service to our customers, insya Allah they will recommend us to their friends & family. Dan kebarangkalian tinggi untuk diorang repeat order. That's how businesses grow. Bukan dengan menjadi salesman yang berjaya. Jual sebanyak mungkin. Tapi after sales service tu pun penting jugak. Tanya feedback, barang tu ok ke, ape yang boleh diperbaiki dan sebagainya. Customer's satisfaction tu yang sangat penting. Biar untung sikit bulan ni, untuk ganti balik barang2 yang orang tak puas hati. Insya Allah esok lusa diorang datang balik.

Once upon a time in SBUX #054 - Tengah nak mop lantai pun boleh senyum. :D

So, jangan lupa. Lepas baca ni, senyum je k? ^_^

Monday, February 10, 2014

We love to party!

Assalamua'laikum.

Bawak bertenang. Jangan terkejut dengan title entri kali ni. The truth is, siape yang tak suke dengan celebration kan? So last weekend, alhamdulillah, telah memenuhi undangan 2 majlis yang berbeza agenda. Yang pertama ialah birthday party Amelie Iman. The latest joyest of the couple's - Shelly & Enche Daoh. Thanks for having us! Dan yang paling penting, terima kasih kerana telah menggunakan khidmat +Insangpari for the printable items. :D The party was held at Yukids, The Curve. Seronok sakan budak2 tu dapat main. Memang tak ingat nak makan. The food was awesome. The cake was stunning! Lupa nak tanya apa nama kawan Sha yang buat cake tu. Nama cake tu tanye la, macam ade bunyi 'Napoleon Cake'? 3 layers, consists of strawberry, chocolate & vanilla! Perggh. Korang baca je lah yer. FYI, the printable designs were created by Enche Daoh iaitu Amelie's Daddy. Kami hanya print & potong saje. If you want this exact same theme for your party (I now name it 'AMELIE THEME', just drop a message to +Insangpari, k?


Tak sempat nak jalan2 kat The Curve sebab party habis pun dah pukul 6, kene rush balik sebab boss ade training basketball die pulak malam tu. Tapi on the way ke Yukids tu ade TERlalu depan Art Friend. What??? ART FRIEND??? Ohhh nooo. I need to gooo! Art Friend is like Ace Hardware - art & craft version. Droooool~ Tapi apakan daya. Kuasa veto melawan segalanya. But insya Allah, mesti pergi! Sebab nampak MACAM lagi besar daripada the one in The Gardens. Tak tau lah sebab ilusi optik ke apa kan. The Gardens punya tu macam terperuk, pintu kecik, tapi bila masuk segala macam datok nenek pun ada. Yang dekat The Curve ni, nampak dari luar jelas dalam kedai dia rupe macam mana, membuatkan diriku masih terbayang2 nak masuk kedai tu. Huuu.... Tapi, on the way to carpark, look who we bumped into? BANANAS IN PYJAMAS! Woooot! Naema dah mengantuk sangat tak mampu untuk dikeluarkan daripada stroller.


My weekend didn't end there. The next day, we went to Summit, to pick up baju yang dah berzaman hantar kat tailor tapi tak reti nak ambil. Sape suruh mahal sangat kan, kenala cek dulu prioriti tiap2 bulan. Tapi last2 rase nak ambik jugak sebab malamnya tu nak attend the 2nd invitation of the week - wedding classmate Form 5, Siva & Asweni's. Kebetulan kain yang hantar kat tailor tu, kain sari, so konon2 nak ikut theme of the night lah kan - Indian wedding. Siapa yang dah lama dok Subang mesti kenal, Deryna. Masa die ukur badan tu tak terdetik pulak nak tanya harga. Main sedap je, Tok My yang recommend. Pastu bila dah bagi kain, baru tergerak nak tanya. Sekali die cakap harga - GULP! *Ok, tahun depan amek!* Hehehe. Memang sungguh. Baju tu dah hantar tahun lepas lagi. ^_^ 

On the way nak balik, Naema tidur pulak dalam kereta. Pikir punya pikir, baik pos die kejap kat rumah Tok My, takut die mengamuk plak time wedding tu. So we dashed to Tok My's, and dushed back to Puchong, siap2 and off we went to Bukit Kemuning Golf & Country Club. Lalu jalan yang kirim salam punya seram, sebab mengikut Ms Jondas (nickname for our GPS), it'll take only 16mins from our home to destination. Gila. Biar betul. Kite dah la lambat. Boss macam nak marah sebab tak berani ambik risiko. Yang bijak pandai ni pulak hasut suh percayakan Ms Jondas. Sekali ikut punya ikut... "You've reached your destination". Ha sudah! Kanan hutan. Kiri kampung. Mampuih. Memang aku kena serangan naga berapi lah time tu. Ms Jondas tak update peta rupanya! Tapi Alhamdulillah, berkat doa supaya Allah permudahkan segala urusan, berjaya jugak jumpa. Ada 2 orang pak guard yang bukan warganegara Malaysia bagi direction. Dekat la jugak daripada saat Ms Jondas cakap dah sampai tu. So we dashed to the surau, time tu dah masuk waktu Maghrib, pastu rushing pergi ke dewan.

Sekali masuk ... ya Allah punyalah ramai manusia .... yang tak dikenali! Yerlah, Siva dah cakap die memang tak jemput ramai kawan sekolah. The special ones je yang dapat jemputan VIP. Hehe. Thanks, Siva! Yang lain semua saudara- mara & kawan2 office kot. So we walked in slowly, masih berharap untuk berjumpa dengan some familiar faces. Dan ... jumpe! Sam, budak meckers. Kelas sebelah je dulu. Kitorang ni budak current. Tapi TIKL bukannya ramai sangat pun. Memang semua orang kenal semua orang, walaupun mungkin tak pernah bercakap dengan. Lagi2 yang bukan Melayu, lagi lah kenal, sebab diorang very minoriti kat sekolah. So Sam ajak duduk semeja dengan Ms Leela, cikgu English, masih mengajar di TIKL. Antara update yang diperolehi, Cik Zuraidah (cikgu Kimia) dah tak mengajar di sekolah, berpindah ke Kementerian Pelajaran. Ms Tan (cikgu Add Math) dah bersara. Cikgu paling best lah antaranya Ms Tan ni. Sebab beliaulah Add Math ku dapat A2 time SPM. Teringat die pernah bagi chocolate Ferrero Rocher sebab dapat kenaikan markah antara yang tertinggi. Kenaikan markah yer, bukan markah. Sebab masa form 4, fail. Lepas tu masuk form 5, dapat B kot. So mestilah tinggi kenaikan tu kan! So thoughtful! Ada ke cikgu yang rajin nak buat statistik camtu sekarang? Kalau ada, baguslah. Mr Annamalai (guru BM), tak pernah mengajar saya tapi jadi guru penasihat untuk TEKNIKA - magazine sekolah. Dulu saya jadi, ape yer position dalam TEKNIKA tu? Tak ingatlah, tapi Mr Annamalai memang kelakar & comel. Malangnya, die dah meninggal few years ago. Tapi masa reception Siva malam tu, ada ternampak sorang ni, muke die memang iras sangat2 dengan Mr Annamalai. Tak tau lah sedara ke, adik ke, wallahualam. Sam pun cakap benda yang sama. So I'm not just seeing things,ok? Huhu. At the end of the event, baru lah terserempak dengan the mommy-to-be Sarah and her husband. Kumaran was sitting next to our table during the dinner. Asweni, the bride, was looking stunning, tapi by the time kitorang nak bergambar dengan Siva, the bride ran away pulak. Huhu.


But overall, it was a wonderful event. Seronok dapat jumpa kawan2 lama (and cikgu lama!).The food was delicious too. It was very thoughtful of Siva to inform us beforehand that the meat was bought in a HALAL shop. So we got to enjoy all the food prepared. :)

Indeed, our weekends were well spent with friends & family. What more could we've asked for? Hope yours were great too.

^_^


Friday, February 7, 2014

Nak ke tak nak?

Bismillah...

Alhamdulillah, semalam saya dan 2 downlines berjaya 'crash-in' Home OPP Kak Ummu yang dijalankan di Hulu Langat. Dulu Kak Ummu duduk dekat je, dalam 5 minit je drive dari rumah. Tapi baru2 ni Kak Ummu sekeluarga pindah ke Hulu Langat sebab anak sulungnya nak masuk sekolah tahfiz dekat2 situ. Dah darjah satu dah Abang Naufal tu. So macam biasa, clan dari Puchong ;me, Farhana & my li'l diamond. Clan dari Kajang bergerak sendiri sebab kami tak sempat nak stop untuk ambil die on the way. :)

So kitorang sampai terlewat sikit. Meeting started at 10am. Tapi diamond kecilku yang selalu bangun pukul 7.30am tiap2 pagi without fail, saje je nak bangun pukul 9.10am pagi tu! Saje kan? Menjadi seorang ibu yang cukup tak gemar nak kejut anak die tidur, terpaksa lah menahan geram dan tunggguuuu je lah die bangun. Macam lipas kudung mandikan dengan kelajuan 200km/j, terus ambil Farhana dan DUSH! terus ke rumah Kak Ummu dengan bantuan GPS. (Syukurlah pada sekumpulan manusia yang diberikan ilmu untuk menghasilkan GPS ni!)

Sampai2 je, Kak Ummu tengah buat sharing on how to do the business. Rata2 yang hadir bukan orang baru. Semuanya yang dah kenal produk dan sedang berlatih untuk menjadi leader. Terjumpa Pn Nurrissa yang hampir tak dapat dicam sebab dah semakin cantik penampilannya, Alhamdulillah. :) Kami berkenalan masa selalu pergi Home OPP kat rumah Diamond Norliza kat Subang Jaya, dulu. Lepas Kak Ummu selesai sharing, Diamond Norliza pulak buat perkongsian. Yang seronok pasal business ni, kita boleh sama2 bekerja dengan anak beranak, sedara mara, ipar duai, rakan taulan. Malah, sangat digalakkan untuk melakukan bisnes ni suami & isteri. Pelik sangat ke? Yang lagi pelik kalau syarikat tak benarkan suami dan isteri bekerja dalam satu company yang sama. Ada yang boleh, tapi bukan department yang sama. Kononnya nanti tak buat kerja betul2 ke? Sebab tu lah banyak syarikat, yang lagi korporat darjatnya, lagi tinggilah tahap skandal sesama rakan sekerja. Kalau skandal yang lepas tu terus kahwin takde masalah lah, sangat digalakkan. Skandal cara baik lah maksud saya. Tapi yang skandal tak boleh kahwin ni macam mana? Yerlah, kalau lelaki tu suami orang, dan perempuan tu pulak isteri orang! Nauzubillahi minzalik. Sad but true. Ni pernah berlaku dan pernah saya nampak dengan mata kepala, apetah lagi dengar2 tepi telinga tu. This is why I leave that kind of environment. Kalau dasar pun dah tak betul, hebat macam mana pun syarikat tu, nilai nye takde. So kenapa saya boleh terkeluar topik ni? Sebab nak bagitau, Diamond Norliza ni sebenarnya ialah ibu mertua kepada Kak Ummu. Alahai bestnya, mak mertua Diamond. Mak Kak Ummu pangkat Vice Manager (VM). Adik beradik & ipar duai pun tahap VM dan ke atas. Patutlah selain dapat pergi FREE trip dengan company, diorang selalu dapat pergi bercuti dengan semua orang sekali. Takde masalah susah nak apply cuti dan sebagainya. Seronok kan? 

Diamond Norliza, everytime buat perkongsian, selalu je mata masuk habuk. Mana taknya, dah buat business ni selama 20 tahun. Cerita2 die semuanya yang sangat feeling gitu. Beliau jadi Diamond selepas 2 tahun buat business. Masa tahun 1990-an dulu ada sekali ekonomi gawat kat Malaysia, masa tu semua network die hilang sekelip mata. Time tu memang sama2 terasa kegawatan, katenya. Tapi sebab yakin dengan sistem Shuang Hor dan sebab beliau pun bermula dari 'sifar' untuk menghasilkan network yang sebegitu ramai, she got up again, build a new network from absolute ZERO. And masya Allah she's now a true HERO. Semua benda ada hikmahnya, kan. Who knows, her network now Alhamdulillah is much stronger than before. Terbukti sistem Shuang Hor memang boleh dilakukan, dengan syarat - KENA LAKUKAN! If tak buat, memang tak dapat. Diamond Norliza juga cerita pasal her previous trips yang dia dah pergi dengan company. Hong Kong, Jepun, Korea, Paris, dan banyak lagi tempat yang menarik. Yerlah, kalau jadi Diamond, dapat FREE trip 2 KALI dalam SETAHUN! Bukan 2 tahun sekali yer! Dan paling best dia cerita pasal Diamond trip ke Jiuzhaigo. Katanya, jarang atau takde MLM company yang lain sponsor trip ke Jepun, sebab mahal. Tapi diorang punya trip bukan setakat pergi tempat2 best, tapi treatment 5 star. Hotel selesa sangat, bukan hanya sedepa je bilik (sebab ada orang kata company bagi free trip tapi bilik muat2 katil je, nak solat pun susah). Kata Diamond Norliza lagi, Jiuzhaigo tu (pernah dengar ke nama tempat ni? nak nyebut pun macam berbelit lidah kan?) cantiknya masya Allah, kalau pergi tengok tasik die, dah tak pandang tasik lain dalam dunia ni. Ye ke? Kite yang jakun ni pun balik terus double check ngan Mr Google. Kot Diamond Norliza saje2 je cakap nak buat kita terliur kan? Sekali, nah!


Subhanallah! Cantik yang amat. Memang beruntung lah sape yang dapat ke sini. Insya Allah, kita semua pun dapat melihat keagungan Allah yang Maha Besar ni secara LIVE suatu hari nanti.

Agak2nya, rasa berbaloi tak? Dapat pergi melawat tempat2 menarik, dengan family sendiri, lepas tu bila dah ada cucu (macam Diamond Norliza sekarang), boleh main dengan cucu anytime, dukung & segala bagai sebab badan masih kuat & sihat Alhamdulillah. Anak2 & menantu pun dapat tengok anak2 diorang membesar depan mata. Berbaloi ke? Bukan susah pun. Buat sharing dengan seberapa ramai manusia yang kita jumpa je! Sharing je! Bukan bawak stok  berguni2 pergi ketuk pintu rumah orang. Bukan pergi jumpa client yang kita tak suke sebab boss suruh. Hanya sharing. BERKONGSI. It's like spreading in clusters. One cluster - mak bapak, adik beradik. Second cluster - Mak bapak sedara, sepupu. And then, it's a repetition. Bila kita dah kahwin, kite share dengan mak bapak mertua, adik beradik ipar. Lepas tu mak bapak sedara belah pasangan kita, dan sepupu dia. Dan macam tu lah sambungannya. Belum cerita bab kawan2 sekolah, kawan sekerja, jiran sebelah rumah, kalau yang duduk rumah flat tu, jiran kiri kanan atas bawah. Belum cerita yang kes2 sakit kronik lagi.  So bayangkan kita lukis macam mana our network can grow. Dan bayangkan setiap seorang tu pakai ubat gigi Greenzhi sahaja setiap bulan pun, dah boleh jadi Diamond tu! Habis tu ape pasal kita ni tak jadik Diamond lagi??? Sebab tak buat lah! Diri sendiri tak buat, jangan nak salahkan jiran depan rumah tak bukak pintu, yer!

*Gedebush!*

Bukanlah tak buat langsung. Selama ni ambil sambil lewa. Ingatkan duit tak penting sangat. Sekali bila minyak naik harga, kangkung je yang turun, barulah terkejar2 nak practice balik present 10 OPP Flipchart depan cermin. Bukan tak tau. Bukan tak pandai. Cuma tak bukak mulut je. Sekali bukak, dah rasa macam takleh stop pulak. Ha rasakan. 

Oklah, dah banyak melalut pulak. Nak tamatkan entri kali ni dengan sharing dari Cik Fathiah, downline Kak Ummu. Beliau sekarang ni masih menguruskan satu kes nenek yang mengalami masalah Tekanan Darah Tinggi (High Blood Pressure) serta masalah2 lain. Haritu ditahan di IJN, sebab ada masalah jantung. Masuk ICU. Pergi ke HKL, doktor suruh balik ke rumah. Paham kan? Maknanya doktor kata dah tak boleh buat apa2 - sila bersedia di rumah. Inilah yang seronok berada dalam Shuang Hor. Kami belajar untuk memberikan harapan. Bukan harapan palsu, saje2 untuk bagi family gembira. Tapi harapan yang insya Allah, jika diizinkan Allah, dapat mengurangkan beban dan memberi peluang untuk kesihatan badan pulih. Alhamdulillah, sekarang nenek tadi kian beransur pulih. Darah kotor warna hitam yang patutnya keluar dari badan dah keluar. Daripada tak sedarkan diri masa kat ICU, sekarang matanya dah boleh bagi respon, nampak orang lalu-lalang. Cik Fathiah dah siap kene muntah satu badan pun masa menziarah nenek tu. Huhu. Takpelah, pengorbanan kecil sangat nak dibandingkan dengan keadaan nenek yang semakin baik tadi. Subhanallah. Siapalah kita nak cakap ajal orang tu nak sampai. Manalah tau, orang yang sihat yang menjaga nenek tu dulu yang pergi. Allah kan Maha Besar. Jangan lupa tu. 

Baru2 ni, saya dapat tau salah seorang saudara saya meninggal dunia, Kanser hati, terminal stage. Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Rasa sedih sebab selama saya jumpe arwah, tak pernah tau dia ade penyakit. Tapi takdelah selalu jumpa. Selalu time Raya je, sebab arwah duduk kat kampung saya, Segamat. Berborak dengan sepupu saya, sempat saya berkongsi tentang simptom2 awal kanser :

1) Selalu letih / mengantuk ; tanda2 kurang oksigen
2) Kerap demam / sakit lambat baik ; tanda2 sistem immune lemah

Antara simptom2 penyakit hati pula :

1) Kuning - mata / kuku / tapak tangan
2) Perut buncit & keras - sebenarnya hati dah membengkak

Sepupu saya pun tanya, "kalau dah kuning tu, dah lambat dah kan?". Sebenarnya, hanya jika dah meninggal je dah lambat. Selagi masih bernyawa, kita boleh usahakan lagi. Tapi penyakit hati, lagi2 kanser hati ni memang kalau cek dengan hospital, masa stage awal2 tu jarang dapat detect. Biasanya by the time doktor sahkan seseorang tu ada kanser hati, tup2 dah stage 4. Sama la kes dengan arwah saudara saya tadi. Kata anaknya, bila dapat tau tu dah stage akhir. Kami pun tak ramai yang tau pasal penyakit arwah. Tapi saya selalu berpesan pada diri sendiri dan orang lain. Tugas kita bukan untuk melawan takdir, menolak ajal. Tapi untuk meringankan beban. Jika dapat kita kurangkan sakit walau sedikit pun daripada pesakit, rasanya dah cukup membantu buat keluarganya. 

Kata Diamond Norliza lagi dalam sharingnya semalam :

"Biar kita mati nanti, senang anak2 nak mandikan. Suka orang nak uruskan. Biar lepas kebumi, anak2 boleh terus makan"

Renung2kanlah.

Photo taken by yours truly. Diamond Norliza, with her daughter, menantu, cucus, and fellow downlines. :)




Thursday, February 6, 2014

Jangan tertipu!

Bismillah...

Ni entry tertunggak. Alhamdulillah, berjaya menyibukkan diri dengan aktiviti2 luar minggu lepas dan sepanjang masa Naema sangat behave. Kalau nak pikirkan sebenarnya banyak sangat benda nak cerita but the one thing that I want to highlight this time is about - bersyukur berada di dalam 'rumpun' ini, bersyukur berada dalam perniagaan ini, dan bersyukur mempunyai keluarga yang memahami. <3

Few days ago, my husband shared with me about someone's post regarding hanky-panky stuffs yang sebenarnya berlaku dalam sebuah company yang 'kononnya' MLM. Sebenarnya saya masih terkejut bila makin hari company ni  makin berkembang walaupun kalau tak silap, dulu ada dilaporkan sistemnya tak patuh syariah. Wallahualam. Bila dengar pasal benda2 ni, rasa sangat bersyukur sebab sepanjang Shuang Hor dah nak masuk tahun ke 26 di Malaysia, tak pernah sekali pun wujud apa2 benda yang meragukan. Mungkin ramai yang masih negatif tentang MLM, atau berminat nak buat MLM tapi tak tau apa syarat2 wajib dalam MLM. Tak tau company mana yang buat kerja dengan betul dan macam2 lagi persoalan atau pemikiran negatif. Sebenarnya, MLM is a beautiful business if you do it the right way, with the right company, dengan orang2 yang betul. Syarat2 yang perlu dititik-beratkan sebelum memilih sesebuah MLM ialah :

1) Tiada modal
2) Tak perlu menyimpan stok
3) Sistem yang mudah diikuti dan terbukti boleh dicapai
4) Menyediakan latihan dan bantuan percuma
5) Syarikat yang kukuh (sekurang2nya telah beroperasi selama 5 tahun)
6) Produk yang dijual sesuai untuk semua lapisan masyarakat

1) Tiada modal
Apa maksudnya? Tak perlu modal yang tinggi. Tak perlu melabur beribu2 ringgit. Tak perlu buat pinjaman untuk memulakan MLM. Sebab? MLM is an unconventional business. Conventional business atau perniagaan yang biasa memang perlukan modal yang besar, kadang2 pinjaman bank untuk mula. Contohnya nak bukak gerai nasi lemak, mesti sediakan meja, payung, bekas2 nak letak nasi, lauk, kertas balut, sudu, kuali, lesen perniagaan dan sebagainya. Sama juga untuk memulakan printing business (read : Insangpari),  perlu beli printer, cutter, kertas, spare part untuk machine, maintenance fee kalau machine rosak, lesen perniagaan jugak dan bermacam2 lagi. Kalau kita buat bisnes yang macam itu, memang perlukan modal. Paling koman 2-3 ribu tak lari. Tapi, untuk mulakan perniagaan MLM, modalnya haruslah tidak tinggi & tidak membebankan. Contohnya, untuk menjadi ahli Shuang Hor, yuran pendaftaran HANYALAH RM35. Ahli baru akan diberi starter kit yang mengandungi info tentang syarikat, produk dan akta jualan langsung. Juga langganan majalah dwi-bulanan percuma yang mengandungi info terkini tentang produk, maklumat tentang kesihatan, aktiviti syarikat dan lain2. TIADA PRODUK PERCUMA yang diberikan semasa menjadi ahli. Maknanya, tiada PEMBELIAN PAKSAAN. Ada orang yang hanya mendaftar sebagai ahli, tapi selepas beberapa tahun baru mula menjalankan bisnes. Ada yang mendaftar sebagai ahli dan hanya menjadi ahli biasa menggunakan produk harian tanpa menjalan bisnes. Ada pula yang mendaftar dengan keahlian yang sama dan terus menjalankan bisnes dan berjaya sebagai pengedar sepenuh masa. Tak kiralah dah sampai pangkat mana sekalipun dalam Shuang Hor, modalnya cuma RM35!

2) Tak perlu menyimpan stok
Hanya beli apa yang perlu. Shuang Hor mengajar ahlinya untuk TIDAK MENYIMPAN STOK. Dah dapat pesanan dan bayaran daripada pembeli baru pergi ke syarikat beli barang. Ataupun boleh terus order melalui telefon/fax/online. Dengan ini, setiap ahli tak akan terbeban dengan stok yang menimbun tanpa pembeli.

3) Sistem yang mudah diikuti dan terbukti boleh dicapai
Sistem yang dijalankan oleh syarikat mestilah yang mudah dan realistik untuk diikuti. Berbalik kepada point ke-2 tadi - jika sistem syarikat menyuruh ahli menyimpan stok, mungkin ahli2 yang kurang berkemampuan susah nak ikut. Sistem tersebut juga mestilah telah terbukti boleh dicapai, bukan sahaja oleh orang2 terdahulu tetapi juga untuk ahli2 baru. Siapa yang tau tentang Skim Piramid, hanya ahli2 yang berada di atas saje akan dapat keuntungan, yang baru join biasenye akan mengalami kerugian. Walaupun Skim Piramid ni dah terang2 dikatakan HARAM & tidak diiktiraf oleh DSAM, masih ada yang terpedaya dengan 'skim cepat kaya' ni.

4) Menyediakan latihan dan bantuan percuma
Meeting / training haruslah disediakan oleh syarikat untuk membantu pengedar2 menjalankan perniagaan atau belajar tentang produk. Latihan2 ini hendaklah disediakan secara percuma, tanpa mengenakan apa2 bayaran terhadap ahli atau bukan ahli yang hadir. Shuang Hor tidak pernah membayar pakar motivasi atau speaker2 untuk menjalankan seminar. Semuanya dijalankan oleh ahli2 sendiri, dengan perkongsian pengalaman sebenar. Jadi semua perkongsian ialah realistik, ikhlas dari hati, mudah diikuti dan orang yang menghadiri latihan/seminar tidak rasa terbeban kerana tiada bayaran masuk.

5) Syarikat yang kukuh (sekurang2nya telah beroperasi selama 5 tahun)
5 tahun ialah masa untuk sesebuah company itu untuk benar2 stabil dan jika sistemnya betul, insya Allah akan benar2 kukuh untuk terus berkembang. Sesetengah syarikat menghasilkan keuntungan yang tinggi dalam 2-3 tahun pertama, tetapi jika sistemnya tidak betul dan teratur, biasanya keuntungan itu tak akan kekal hingga tahun ke-5 dan seterusnya ... gulung tikar lah. Dan yang paling best pasal Shuang Hor ialah, CEO nye juga ialah pengedar. Maknanya, diorang bukan beberapa orang kaya yang laburkan duit untuk tengok company ni ok ke tak. Diorang pun sebenarnya menjalan aktiviti macam pengedar2 biasa, menjual, menaja, dan servis. So the bonus they're getting is from the same system we're getting our bonuses. Itu salah satu rahsia kejayaan syarikat ni selamat berpuluh2 tahun, dan makin berkembang - globally.

6) Produk yang dijual sesuai untuk semua lapisan masyarakat
Daripada newborn, sampailah orang tua. Lelaki dan perempuan. Yang sakit dan yang ingin mengekalkan kesihatan. Kucing saya yang batu karang pun saya pernah bagi. Sebelum ni banyak kali kene sedut ketul2, lepas bagi minum teh, alhamdulillah kencing die normal without that painful suction. 

So ... masih tercari2? Kalau masih belum jumpa, boleh buat survey lagi. Tapi yang pasti, saya dah jumpa, dan rasanya tak perlu cari yang lain. Sebab memang takde tandingan. Insya Allah next post saya akan share lagi banyak manfaat & kebaikan daripada menjalankan perniagaan sendiri ni.

Till the next one! 

Wednesday, February 5, 2014

What's in the news today?

I have not been watching news for quite some time. Never my favourite. Not because I'm ignorant, I just don't watch them. But since Facebook daripada menjadi laman sosial, sekarang dah menjadi the first platform to spread about everything & anything happening around the world, I too was not too late to receive all the juicy and hottest news every single day. 

So last year, in 2013, ada macam2 berita dilaporkan. Ada kes kanak2 meninggal kepanasan dalam kereta sebab ibu die terlupa masa pergi meeting berjam2. 99% rakyat Malaysia (dan seluruh dunia agaknya kalau ada yang tau) cakap ibunya yang salah.

"Macam mana boleh tinggalkan anak dalam kereta..."
"Kenapa dia nak cepat sangat..."
"Patutnya, tengoklah dulu kat belakang tu sebelum keluar kereta..."

Dan bermacam2 lagi 'comment' & 'status update' oleh rakyat2 yang takde kerja lain selain mengadap FB. Me, on the other hand, memang tak suka nak menyalahkan manusia lain and I just don't think the mother of that dead child won't even thought about those "patutnya aku tengok belakang dulu...kenape aku nak cepat sangat...macam mana aku boleh tinggalkan dia...". Yea, people do have regrets in their lives. Too bad some of us have to learn it the hardest way. So walaupun tempat kejadian memang sangat dekat dengan kampung halaman, tapi saya tak kenal pun ibu mangsa, and my comment was just "Dah ajal budak tu. Ade sebab lah kenapa mak die terlupa. Takkan die sengaja pulak". Honestly, that's how I think. If kecuaian ibu tadi tu menyebabkan anak die lumpuh, that's another story.  Tapi if meninggal, kita sebagai seorang Muslim tahu yang Allah telah menjadikan asbab kerana masa dia dah sampai. So patutnya jadi pengajaran untuk ibu bapa lain, jangan tinggalkan anak dalam kereta dah lepas ni, jangan terlalu pentingkan kerja, dan sebagainya. Tak payah nak tuding jari kat orang, just because benda tu tak jadik kat kita.

Tup tup, after few weeks. Ada lagi kes anak kena tinggal! Kali ni memang ibu tu sengaja. Alasannya kejap je nak visit orang sakit kat hospital, dan budak2 tak boleh masuk. Alhamdulillah, belum ajal anak dia lagi. Orang ramai berjaya selamatkan anak dia dari lemas dalam kereta. Ok, yang ni dipersilakan untuk hentam. Memang ada manusia macam ni. Allah dah tunjuk contoh dan akibat pada satu dunia, tapi nak buat jugak. Nak experiment anak sendiri ke?

Sometimes I thought to myself .."Ya Allah, ada jugak kes macam ni?". Agak2 ada cerita yang lagi teruk daripada ni ke esok? Korang tak terpikir ke, tiap2 hari dalam berita tu, adeee je cerita2 yang kadang2 kita tak sangka terjadi. Kalau kes kebakaran, atau kemalangan, itu macam tak pelik sangat. Keluar dekat berita sebab kita nak tau laporan daripada kejadian tu dan sebagainya. Tapi makin hari sekarang ni, makin menjadi2 beritanya. Dah macam tengok CSI pun ada, tapi real punya lah. Mana taknya, tahun lepas digemparkan lagi dengan kes pegawai bank mati ditembak dengan kejam. Penembaknya tu security guard (yang sepatutnya mengawal 'keselamatan' kita). Lepas tu ada kes anak kecil dilaporkan diculik. Kecoh di FB, instagram & merata2 orang share gambar budak hilang tu. Masuk berita dan sebagainya. Esok lusa, dapat tau rupanya yang 'menculik' tu sebenarnya kenalan ibu mangsa, who apparently dah tipu duit ibu mangsa...tak taulah sebenarnya apa die nak buat dengan budak tu. Wallahualam. Tapi mujur budak tu selamat. November 2013, lagi kes ditembak mati. Ketua Penguatkuasa JAIP dipercayai ditembak sebab arwah sedang menjalankan siasatan terhadap beberapa kes ajaran sesat & Syiah. Semalam katanya kes ni dah selesai, dan pembunuh dikatakan bekas pegawai polis, telah ditangkap. Baru2 ni pulak ada kes mayat kanak2 ditemui dalam keadaan yang sangat menyedihkan dalam sebuah rumah kosong. Astaghfirullahalazim. Siasat punya siasat, ibu mangsa sebenarnya penagih dadah, dan 'boyfriend' ibu dia pun same penagih. So main fokus di sini bukan penagih/pengedar dadah berjaya ditangkap dah. Bukan tentang siapa ayah kandung arwah. Bukan sebab kenapa ibu arwah tu ada boyfriend dah sebagainya. Itu semua dah macam takde apa2.  T T 

Sorry, people. I read these news all over the internet, and tak sure kesahihan maklumat2 dalamnya, so it's better for me NOT to quote sumber yang diperolehi. It's up to you guys to follow up with Mr Google.com ^_^

So, sekarang ni kalau keluar berita, dah lain respon nya. I'll be like "kene tembak lagi? kat mana pulak budak hilang ni?" Sebab dah too common kan? Tak cukup horror lagi? Last week, ada lagi kes bunuh. Kali ni bapa kandung sendiri pemangsanya. Punca utama - tekanan dalam hidup. Rasanya tak perlu cerita panjang lebar pasal ni, mesti ramai yang dah tau. Saya pun tak sedap hati nak cerita sebab stress atau tekanan, atau lebih senang disebut gangguan mental ni, sukar dijangka. Boleh terjadi pada sesiapa je. Dalam seminar with Diamond Norliza, ade a few classes jugak we covered ONLY on mental health issue. Sebab ini sebenarnya kes serious. Tekanan, hati yang kotor, pemakanan & lifestyle yang tak sihat semuanya boleh menyumbang kepada sakit mental. 

Yerp, manusia memang MAMPU lakukan perkara2 di luar jangkaan bila mereka dalam keadaan terdesak. Kata orang, kita takkan bangun selagi tak jatuh terduduk. But it's always about the choice. Terpulang pada kita untuk pilih jalan mana and push ourselves to get up and improve. Untuk membuat pilihan yang betul pun perlukan keimanan yang tinggi dan minda yang stabil. If rasa tertekan dengan keadaan sekeliling, eloklah berhenti berfikir, ambil wudhu' dan sujud, solat, minta pertolongan & panduan dari the Almighty, Allah SWT. Jangan bertindak ikut perasaan. Look around you and think about the people you love, and always remember that they love you too. Allah tak akan menguji hamba-NYA dengan ujian yang tak mampu kita tanggung. So my fellow readers, whenever you're feeling down, ingatlah ada orang yang lebih teruk keadaanya daripada kita. Don't do things that you'll regret tomorrow.

Signing off here, wishing that the news will be better tomorrow, insya Allah. Amin.

Rabbi yaasir walatu aasir - Moga Allah permudahkan segalanya

Tuesday, February 4, 2014

Oh, the things I love!

Dah hampir Subuh. I've been up since 1am untuk qada' balik kerja2 yang tak dapat buat siang tadi. This is the advantage of working on your own. Siang kalau anak tak nak tidur, boleh layan karenah dia sampai ke malam, lepas tu baru buat kerja kita. Advantage di sini ialah dapat tengok anak membesar. Disadvantage-nya ialah berhempas pulas siapkan order customers dan reply e-mails dan sebagainya di tengah2 malam ni (dah pagi pun). Takpelah. Bukan tiap2 malam macam ni. Kadang2 je si kecik tu tak nak tidur siang. Kadang2 tu memang la letih nak melayan dia yang dia sendiri pun tak tau apa die nak. Tapi most of the time, dia sangat behave, paham kalau kite tengah sibuk tu dia main sendiri je. <3

Bagi yang tak tahu, selain sibuk dengan aktiviti Shuang Hor, I'm actually doing online printing business - Insangpari. Jarang cerita dalam blog ni tapi sebenarnya dah nak masuk tahun ke-5 buat online printing ni. Alhamdulillah. Asalnya saje hobby, nak jual handmade items, jahit beg. Tapi Allah bagi rezeki lain, terjebak pulak dalam printing. Rezeki Allah nak bagi. Bersyukur sangat2. After being registered with SSM last 2 years, I'm taking this business more seriously this year. So now kena discipline sikit, bahagi masa 50/50 untuk Shuang Hor & Insangpari. Masa untuk anak & family continuous always the top priority! ^_^ Bagi yang tak tau Insangpari ni buat ape, boleh la visit my humble website - Insangpari. Site platform tu free for the first year, sebab register with GMBO (Get My Business Online) punye program. Annual fee pun murah je. Interface pun not bad, walaupun takdelah sehebat mana, tapi okla. I chose the cute matryoshka doll as Insangpari's icon for no particular reason. Saje memang suka dari dulu, so I got Ms Ida from Krafty Palette to re-create that special doll for me. Thank you Ida! Insangpari (Printing) started from namecard printing, to woven labels, printed labels, and now we can do almost any kinds of printing including stickers, party printables (food toppers, flag bunting, badge buttons, etc.), custom fridge magnets, large offset printing (bunting, poster, banner), t-shirts and so much more. We grow with our customers' demands, and Alhamdulillah everyday is always a blessing and I'm planning for a bigger project this year, insya Allah. Memang susah jugak kalau pikir nak handle semua menggunakan kedua-dua belah tangan ni sahaja, but insya Allah with my wonderful support system and doa, Allah akan permudahkan. So slowly I'm learning to get everything organized and systematic. Kononlah! Tang mane nak sistematik tu tak tau lah. But at least kita cube kan!

So just nak share what I've been doing since malam tadi. Selain reply e-mails, siapkan design clients (walaupun ada freelance designers, but if ade kesempatan memang akan buat sendiri - sebab nak bagi instruction kat designers, tulis karangan panjang lebar pun renyah tau dak!), a few orders have been completed - print & cut. Here are some :

Some of the printable items for Amelie Iman's 1st Birthday Party. Seen here are the cupcake toppers, straw labels and water bottle labels. All designed by Amelie's daddy himself, print & cut by yours truly.

Ada few more items to be done for Amelie's party, esok2 lah sambung. Besides, I need to catch up with pending orders, sebab cuti CNY tahun ni panjang sikit. Eh, ye ke? Rasanya tiap2 tahun memang cuti CNY lah yang terpanjang sekali! ^_^ 

Oh yer, lupa nak update. Last weekend, we had both sides of the families to come over and makan2. The kids had fun in the pool. His family came on Saturday and my family came on Sunday. Alhamdulillah, kata orang tetamu datang ke rumah bawa keberkatan untuk tuan rumah. Dan tetamu meninggalkan rumah bawa dosa tuan rumah. :) Oleh itu, jemputlah datang ke rumah kami, anytime, yer!

ER, EH, N - Ready to dive!


Sunday, February 2, 2014

Kek Biskut Marie - CEO Style

Kali ni nak share resipi Kek Biskut Marie. Sebenarnya banyak dah orang share kat internet. Sebelum wujudnya internet pun memang dah tau pasal Kek Biskut Marie ni tapi dulu kecik lagi, tak reti nak buat. Dengar2 orang cerita kek letak Milo. Masak2 lepas tu tuang atas biskut. Masok fridge, dah siap. Wah, senang betul bunyi dia. Memang senang pun, tapi senang macam mana pun, mestilah ikut cara dia kan. My first attempt was masa Raya 2013. We had a mini open house, hanya ajak close friends and immediate family members je. Bukan tak nak ajak ramai orang, tapi itu macam kira house warming jugak, sebab baru berapa bulan je pindah, dan paham2 je lah rumah yang kena naik lif ni. Lagipun, it's actually our very first time to host an open house, all by ourselves! Alhamdulillah, guests were great. Food, mostly buat sendiri. But Mummy & MIL were very kind to donate us some! ^_^

Ok, berbalik pada Kek Biskut Marie. Mula2, google kat internet, so terjumpa kat YouTube : Kek Batik Cikgu Menoh. Memang terbaik kalau tengok cara masakan dalam video tu. Easy to follow. So saya pun gunakan resipi yang sama, tapi ade lah ubah sikit. Yang specialnya, saya tambah CEO Cafe untuk menaikkan lagi rasa coklat, selain bagi a hint of coffee taste in it. Kalau nak cuba, boleh ikut resipi di bawah - diolah sedikit daripada resipi Cikgu Menoh :

Bahan-bahan :

  • 350g Biskut Marie (dipatahkan) - 1 paket
  • 250g Unsalted butter - 1 buku
  • 400g Cadbury Chocolate  - 2 bars
  • 1 sachet CEO Cafe 3-in-1 (tanpa gula)
  • 1/2 cawan Susu segar
  • 3 biji Telur

Cara-caranya :
  1. Masukkan butter, coklat, CEO Cafe dan susu segar ke dalam kuali dan kacau atas api sederhana sehingga semua sebati.
  2. Pukul telur dalam mangkuk yang lain dan tuang ke dalam adunan coklat yang dah sebati tadi.
  3. Sentiasa kacau adunan dalam kuali sehingga pekat. 
  4. Bila adunan mula mendidih tutupkan api dan masukkan biskut Marie yang telah dipatahkan. Gaul hingga sebati.
  5. Sediakan bekas tahan panas dan alas dengan plastik yang tahan panas juga. Masukkan kesemua adunan ke dalam bekas sambil tekan2 untuk mampat.
  6. Biarkan adunan tadi sejuk sebelum dimasukkan ke dalam fridge. Seeloknya biarkan semalaman sebelum potong.
  7. Untuk memotong, terbalikkan bekas dan keluarkan kek bersama plastik.
  8. Buang plastik dan potong mengikut kesesuaian saiz.
Senang je kan? Saya dah beberapa kali buat mengikut resipi yang ni, memang jadi everytime insya Allah. Tapi nak bagi tips sikit. Saya pernah jugak nak experiment, guna SALTED butter. Erk. Memang masin sangat. So please jangan guna salted butter. MIL selalu pesan kalau nak buat kuih ke ape, tabur secubit garam, so kalau nak jugak garam, tabur SECUBIT je. Tapi mesti guna UNSALTED butter k? Lagi satu, ade jugak haritu cuba untuk tak gaulkan biskut dan coklat sampai sebati. Cuma tuang coklat mix atas biskut yang dah dipatah2kan. Hasilnya? Rapuh. Huhu. Sudahnya, makan pakai sudu je, tak cantik bila dipotong2. So, bagi sesiapa yang belum cuba dan teringin nak guna teknik2 yang tak menjadi seperti yang saya baru cakap tadi, tak payah lah cuba ya. :P Yang paling best, orang yang takde oven pun boleh buat kek ni. Dan sangat sesuai untuk buat minum petang ke, snack ke. So kalau buat saje2 kat rumah, lepas potong tu masukkan la dalam bekas2 kecil dan simpan dalam fridge. Bila2 rasa teringin, keluarkan satu bekas dan terus ngap! Makan dengan secawan kopi CEO. Pergggh!




On health & wealth (HOPP in Saujana Impian - Part II)

Ok, sambung perbincangan masa HOPP di rumah Pn +Nina. Selain cerita tentang healing crisis masing2, sebenarnya banyak catch-up sessions antara kami. Al maklum, dah lama tak jumpa. Orang perempuan kalau bersembang jangan buat main. Tapi kalau borak dengan Pn +Nina, insya Allah tak ada sembang2 kosong. Semuanya very informative. Sebab tu selalunya my husband tak kasik kitorang selalu berjumpa. Dia takkan percaya lepas meeting 2 jam terus balik. Katanya mesti ada 'meeting after meeting' yang akan makan masa berjam2. Hehe. Memang betul pun. 

Antara yang dibincangkan ialah one of her latest blog update, berkenaan dengan status Pn +Irna di FB : 


Betul jugak. Apa maksud badan yang berasid? Kenapa boleh jadi berasid? Macam mana nak neutralkan badan kita ni? Rupa2nya Pn Nina dah share dalam blog dia tentang masalah ni. Kite ni dah lama tak update blog, apetah lagi nak jenguk blog orang lain, so she explained a little. Kalau ada masa, boleh baca explanation yang panjang lebar di blog Pn Nina. Pendek kata, tak semestinya makanan yang ada sifat asid tu, boleh menjadikan badan kita berasid. Contohnya limau, kalau kita makan, bahan kimianya akan bertukar dalam badan dan menghasilkan alkali di dalam badan. So limau, walaupun sifat asalnya ialah berasid, sebenarnya makanan yang beralkali untuk badan. Reishi / Lingzhi pula ialah sejenis 'alkaline forming', iaitu boleh menghasilkan alkali dalam badan. Menjadi isu bila orang kata kopi tak boleh ambil banyak sangat sebab coffee tu acidic. Tapi sebab dalam CEO Cafe yang kita jual tu ada Yung Kien Lingzhi dalam dia, keasidan kopi tu akan dineutralkan oleh lingzhi tu tadi. Sebab tu lah kopi kita best! :D

Bercakap tentang CEO Cafe, ada lagi satu yang nak kongsi, in case ramai yang belum tahu. CEO Cafe terdapat dalam 2 jenis - with sugar & without sugar. Untuk orang yang ada masalah kencing manis / darah tinggi, perlu elakkan makanan yang tinggi kandungan gula, boleh lah minum CEO Cafe 3-in-1 TANPA GULA. Pahit tak? Mestilah! Kopi biasa pun pahit, tambah lagi dengan Yung Kien Lingzhi yang baik untuk hati tu, confirm pahit! Ye, makanan yang sedap2 tu kebanyakannya tak elok untuk badan. So lebih baik kita sedapkan badan dari sedapkan tekak ^_^. Tapi kalau tak tahan pahit jugak, boleh lah ambil CEO Cafe 4-in-1, ada gula premix dalamnya. Tapi gula yang digunakan ialah raw cane sugar. Bukan gula biasa yang dijual di pasaran tu yer. Mesti ramai yang tak tau dari mana datangnya nama CEO Cafe tu kan? Sebenarnya, Shuang Hor's R&D department telah mengambil masa selama lebih kurang 2 tahun untuk mendapatkan formula yang terbaik untuk premix coffee yang bakal dihasilkan dan formula terakhir yang terpilih tu telah diluluskan oleh our own CEO di Taiwan, hence the name - CEO Cafe. :) 

Antara yang dibincangkan lagi masa HOPP haritu, tentang Pollen - Wind Pollenated vs Insect Pollenated. Our Yung Kien Pollen is insect-pollenated, and the 1 sachet of granular pollen equals to 6 capsule of pollen. So, kalau nak makan our pollen, terpulanglah ikut citarasa nak telan kapsul or bancuh dalam air. Dan lagi satu, tentang one of our products - Calcium tablet. Our calcium tablet is the only calcium that has lingzhi in it. Wah. Memang unik! Rugi tak makan. I took calcium tablet during my 1st trimester of pregnancy. Alhamdulillah tak ada masalah langsung, lagi dentist puji gigi cantik mase pregnant ade la. :D

The last session of our HOPP was the bonus calculation untuk sesiapa yang menjadi ahli. Sebab Farhana masih belum jelas tentang perkiraan, so lama sikitlah nak belajar kira2 yang teliti, sebab dia nak prepare untuk explain kat 3 tauke kedai mamak yang die jual CEO Cafe tu. Farhana target nak dapat dalam RM200 je sebulan. Antara kitorang ada yang target RM2k, RM20k, dan sebanyak mungkin. Huhu, macam2. Yang paling best dalam Shuang Hor ni, tak kiralah target kita RM20 atau RM20k sekalipun, asas nya sama. Registration fee RM35 and that's it. Bukan nak kata siapa yang nak bonus RM20k kena bayar lebih ke ape. Takde pun. Sama je, RM35 SAHAJA. Sebab tu walaupun umur, target, agama dan warna kulit berbeza, kami semua boleh join kelas yang sama. Takde yang berbeza pun. :)

Alhamdulillah, the first HOPP for 2014 berjalan dengan lancar. Terlajak sampai ke petang but in future will be more disciplined supaya sempat balik rumah awal untuk kemas2 apa yang patut sebelum 'big boss' balik. ^_^ The next HOPP will be next week, insya Allah in Hulu Langat. Kalau ada sesiapa nak join, boleh tinggalkan contact number untuk dihubungi. Ok, till the next one!