Monday, February 24, 2014

Antara cop HALAL JAKIM & HALAL TOGEL

Alhamdulillah, semalam dapat hadir ke Seminar di Shuang Hor jam 3-5 petang. Speaker pertama, Mr Robert Yap - berkongsi tentang cara untuk memantapkan pemahaman & pembentangan OPP FlipChart. Speaker kedua pula, Dr Haslina - berkongsi tentang bagaimana beliau jatuh cinta kali ke-2 dengan Shuang Hor (kali pertama tahun 1990-an) ketika ayah beliau sedang sakit (tahun 2008). Perkongsian yang sangat menarik, tapi akan diceritakan lain kali. Sebab untuk entry yang ni, nak kongsi tentang apa yang saya baru cerita dengan sepupu semalam.

Borak punya borak (via WhatsApp), masuk la hal KOPI. Sebab sepupu saya ni, Pn Hajar, sedang mengandung, so katanya die telah dihentam hebat oleh *ehem* antara orang terdekat lah sebab 'orang kata' ibu mengandung takleh minum kopi. So since Pn Hajar ialah peminum tegar kopi CEO kita sejak sebelum kahwin hingga sekarang (kandungan ke-2), dia pun agak kiciwa di situ sebab ramai yang tak tau kebaikan kopi - khususnya kopi CEO. So sebenarnya ada kajian di US yang menyatakan caffein dalam kopi (sebab teh & koko pun ada caffein gak, tapi ni die kate specifically dalam kopi), jika diambil dengan dos yang tertentu, boleh mencegah penyakit hati. Dulu saya ada keratan akhbar ni tapi nanti kene korek balik lah yer, mana tah simpan. Sebelum terlupa, saya tulis je dulu. Jadi Pn Hajar meminta saya untuk membuat flyer (yang menarik) tentang kebaikan kopi CEO supaya semua orang faham tentang kandungan Lingzhi dalamnya agar tiada hentaman lagi yang bakal diterima. Hehehe. Baiklah, akan diusahakan secepat mungkin, cikgu! Insya Allah. :) **Extra info bagi yang tak tahu : CEO Cafe mengandungi Yung Kien Lingzhi, dan Lu Chun Tea pula mengandungi Jia Hor Lingzhi. Harap maklum ^_^ Kalau nak tau apa bezanya, di episod yang lain kali lah yer. Or call /e-mail saya untuk tanya. :)

Lepas tu masuk pulak bab kandungan dalam kopi 3-in-1 yang biasa orang jual kat kedai tu, banyak keraguan. Banyak kes yang kata kajian mengesahkan ada kesan 'steroid' dalam kopi yang kononnya ada sejenis herba dalamnya. Ada pulak yang kata, kopi 'herba' yang ramai orang kata bagus, bagi tenaga lepas minum, sebenarnya memberi tenaga sebab kandungan gula yang tinggi. Yerlah, kalau gula banyak sangat kan otak kita jadi over-stimulated. Sebab tu jangan ajar budak2 makan benda2 manis. Kang diorang hyper sangat sape nak jaga kalau susah tidur malam. ^_^. Sebab tu ada jugak yang kata kopi CEO kita pahit, walaupun yang ada gula (ada kopi CEO Tanpa Gula). Dah biasa minum kopi lain yang konon SEDAP la tu! Gula je lebih tau. Be careful, k? Ada juga kes yang kata ade pelbagai jenis herba dalam 1 paket tu tapi kandungan herbanya (setelah dikaji) cumalah 0.0001% (tak surelah berapa 0 kat depan tu tapi kurang daripada 0.1%), seolah2 kita minum kopi biasa campur susu je lah. Herba tu pulak, tak tahu dari sumber mana. Adakah dari tempat penanaman herba yang terkawal, berkualiti tinggi, atau ... Wallahualam. Itu lah sebabnya, susah nak cakap sebab ... TAK TAHU.

Lepas tu, masuk pulak isu HALAL. Kopi CEO memang dapat cop HALAL JAKIM sebab dikilangkan di Malaysia. Bagi yang mungkin tak tahu, kalau sesuatu produk tu tak dikilangkan di Malaysia, memang tak boleh nak dapat cop JAKIM. So, dapat cop HALAL dari negara asal yang diiktiraf pun dah memadai. Yang paling penting, kita tahu apa isi kandungan setiap produk tersebut. Kalau meragukan, perlulah dapat pengesahan pihak yang berkuasa supaya kita dapat gunakan produk tersebut TANPA WAS-WAS, ye dak? Tapi saya memang respect dengan Shuang Hor sebab walaupun pengguna Muslim SANGAT KECIL, minoriti sahaja kalau nak compare dengan majoriti penggunanya yang bukan Islam, mereka tetap menitik beratkan isu HALAL/HARAM dan mendapatkan sijil pengesahan produk daripada negara pengeluar (Taiwan, dan Pakistan-untuk kapsul). 

Bila kami bercerita tentang isu HALAL ni, tiba2 saya teringat beberapa tahun lepas, cek2 balik e-mail lama - tahun 2007!. Masa tu masih belajar kat MMU, Cyberjaya. Mak saya suka minum kopi Tongkat Ali. Masa tu, memang famous la, rasanya antara zaman kegemilangan MAWI WORLD gittew. Saya tak berminat sangat ngan kopi Tongkat Ali sebab dah ada kopi CEO yang lagi best time tu, so saya try Perl Choco - another product of Power Root jugak. It's a chocolate drink. Because I thought it was 'healthier' than the regular MILO. Ada Kacip Fatimah segala bagai. Rasa memang sedap. Dah minum banyak baru terpikir nak cek ingredients, ada 'Marine Matrix Collagen'. Rasanya time ni, Vitaking (collagen drink) dah ada, so kita jadi 'pandai' lah sikit pasal collagen ni. Sebab collagen, yang kami belajar, ada dari sumber yang HALAL dan BUKAN HALAL. Walaupun secara am-nya Marine-collagen ni bunyi nya macam berasal dari laut (ikan), tapi a bit musykil jugak. Sebelum ni tak berapa nak amik kira sebab pikir kopi Tongkat Ali tu dah ada cop HALAL JAKIM, tapi even though Perl Choco tu TAKDE cop HALAL JAKIM, pakai tulisan jawi (ha-lam alif-lam) pastu bulat kat luar, kita panggil 'HALAL TOGEL' lah, ingatkan macam ok. Tapi lepas dah tau ada kandungan collagen kat dalam dia, jadik musykil sikit. So bila dah was2, kenalah amik port kan? Nak dijadikan cerita, saya pun email lah pihak yang berkenaan. Nasib baik e-mail tak delete lagi...so buktinya di bawah :

First e-mail sent on 11 July 2007

First reply by Power Root on 11 July 2007

Last email sent on 15 Sept 2007, and replied by Power Root on 17 Sept 2007

Jadi, kesimpulannya, saya e-mail pada 11 July 2007 kepada Sales Department, dan feedback yang pantas diberikan pada hari yang sama. Pegawai dia mintak contact no. untuk follow up. Tapi agaknya saya tak reply sebab masih menunggu keterangan melalui e-mail, tak kunjung tiba. Yerlah, kita suka pada bukti, 'black & white' kata omputih. So pada 15 September 2007, saya reply e-mail beliau beserta no. telefon, mengatakan saya masih belum mendapat penjelasan tentang isu cop HALAL tu dan tentang sumber collagen. Itu je yang saya tanya. Pada 17 September 2007, sekali lagi, feedback yang agak pantas jugak daripada COMPANY BESAR ni, mengatakan yang wakil dia akan contact saya nanti. Lepas tu, memang ada orang call, dan jawapannya ialah :

"...collagen tu memang dari sumber yang HALAL, dan kami sebenarnya dalam proses untuk mendapatkan pengesahan HALAL dari JAKIM, dan (katanya lagi) cop 'HALAL TOGEL' ('togel' tu saya je yang bagi nama, dia takdelah sebut gitu yer) itu sebenarnya JAKIM yang bagi pakai dulu sementara proses nak dapat kelulusan selesai..."

Statement last tu macam paling best lah dan saya pun tak tahu kenapa saya jadi terkedu pulak lepas tu, takde bantah apa2. Ooo...K-kan aje. Walaupun pelik kenapa dia tak boleh bagi keterangan ni secara bertulis (e-mail), saya masih menaruh harapan lagi agaknya lepas tu. Betul kot, JAKIM bagi cop 'pre-HALAL' sebelum diorang nak CONFIRM HALAL. Ye la tu kot? Kadang2 kalau gi supermarket, teringin gak nak tengok dah dapat ke cop HALAL JAKIM yang dijanjikan itu, but the last time I checked - few years ago, belum ada lagi. Lepas tu dah tak berminat nak cek dah. Sebenarnya tak pasti produk ni still ada kat pasaran ke tak. Jarang dah lalu section kopi kalau gi Carrefour (now AeonBIG but I still like to call it Kafu :D). So kalau sesape yang ada update tentang produk ni, boleh lah kongsi dengan saya supaya boleh saya kemaskini status terbaru produk ni. 

Perl Choco 5-in-1
Dan ada macam2 lagi kami bincang semalam tentang isu produk2 yang sangat pelbagai ada di pasaran sekarang. Yang katanya ramai orang MELAYU tengah gila2 promote. Tapi ramai yang tak tahu (atau mungkin tahu ) yang sebenarnya tahap yang paling tinggi, TAUKE, BUKAN MELAYU pun. So tak rasa pelik ke, kenapa orang MELAYU je yang gilakan, sedangkan TAUKE punya kaum takdelah gila sangat tentang produk tu. Pendek kata, kalau kita nak jual produk kita yang dikatakan sangat bagus dan berkesan, kita nak bagi FAMILY kita makan jugak, atau nak bagi orang lain je makan? Kebetulan pulak, malam tadi ada orang share tentang salah satu produk yang sepupu saya kata tengah 'hype'  - tak perlulah saya sebut nama - dah kantoi tentang isu logo HALAL JAKIM yang dikatakan telah digunakan tanpa kebenaran. Ha sudah... Ini lah benda2 yang kita nak orang nampak, untuk lebih berhati-hati, jangan terlalu mengikut sangat. Saya pun buat research, mintak restu mak dulu sebelum betul2 decide nak mula makan Lingzhi ni tau. Selidik lah dulu. Jangan dok percaya bulat2, k? Renung-renungkan dan selamat beramal... (macam radio IKIM pulak)

^_^

No comments:

Post a Comment