Wednesday, March 19, 2014

Homemade 'Playdoh' - Gerenti Jadi

I received a very weird phone call yesterday at 11.59 pm. Asking for homemade playdough recipe. :/ Weird, eh?

LEFT : White playdough - without any food colouring   RIGHT : Blue, red and green playdoughs I made for Naema

Masa Naema genap umur 2 tahun, memang rajin gak buatkan dia playdough. Itupun lepas Aunty +Zest er belikan dia a set of playdough with tools. So I googled and youtubed (new vocab alert) on how to make your very own - homemade playdough. Dan biasalah, bila dah tau cara2 nak buat tu, mulalah berangan nak pi buat banyak2 and jual wholesale. Berangan tak sudah. Macamlah rajin bebeno. So untuk sesiapa yang nak buat sendiri playdough, dan diyakini selamat untuk anak2 anda main (sebab kita sendiri yang masukkan bahan2 kan?), boleh lah ikut 'resipi' kat bawah ni. As requested by Puan +Zest er , sila salin resipi ni yer. Saya buat sebijik macam ni, insya Allah jadik punye. ^_^

Bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan garam
  • 2 sudu kecil cream of tartar -- boleh didapati di mana2 pasaraya
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 cawan air
  • sedikit pewarna makanan - mengikut citarasa
Cara-cara :
  1. Masukkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam periuk dan gaul hingga sebati.
  2. Nyalakan api sederhana dan masak adunan sambil kacau perlahan-lahan.
  3. Bila dah pekat sikit, boleh masukkan setitik pewarna. Tambahkan lagi setitik atau lebih jika inginkan warna yang lebih pekat.
  4. Sentiasa kacau supaya warna sekata hingga adunan mula tidak melekat pada tepi/dasar periuk. Adunkan sehingga menjadi bulat.
  5. Keluarkan dari periuk dan sejukkan pada suhu bilik.
  6. Bila dah sejuk, uli dan sedia untuk digunakan!
Gaulkan semua bahan dan masak atas api sederhana. Kacau sehingga pekat dan masukkan pewarna makanan
Kacau dan pastikan warna sekata. Gaul hingga adunan tidak melekat pada keliling periuk.
Keluarkan adunan daripada periuk dan biarkan sejuk pada suhu bilik atau sehingga boleh diuli.
Uli adunan yang dah sejuk dan sedia untuk digunakan!
Simpan 'dough' yang tidak digunakan dalam bekas bertutup, dalam peti sejuk


Tips :
  • Jangan masak dalam periuk non-stick -- memang macam best sebab confirm tak melekat pada periuk, tapi nanti adunannya tak masak dengan sekata, so 'playdough' cepat basi/rosak.
Naema playing with her 'white dough'
    • Bila masukkan pewarna, titiskan sedikit dan kacau sebati sebelum tambah lagi setitik.
    • Playdough yang tidak digunakan hendaklah disimpan dalam bekas bertutup dan diletakkan dalam peti sejuk (chiller, not freezer) supaya tahan lama. Bila nak pakai, keluarkan dan biar hingga suhu bilik, insya Allah boleh diuli semula macam biasa.
    • Jika 'dough' yang baru siap terlalu lembik, simpan dalam peti sejuk dulu beberapa jam atau semalaman. Jika masih terlalu lembik, munkin tak masak betul, so lain kali masak atas dapur lebih lama -- tapi jangan sampai hangus pulak!
    Masih susah sangat nak bayangkan cara-cara membuatnya? Tengok je lah video kat bawah ni. Saya gunakan resipinya bulat2. Ada beberapa cara lain saya jumpa, tanpa menggunakan cream of tartar, tanpa memasak, tapi saya rasa yang ini cara terbaik by KIN PARENTS. Kalau dah berjaya buat, sila comment this post and share some photos, ok? All the best!


    P/s : Hey, this could be a great gift for kids, eh? Or you could make some and invite children to come over and play. Weehee!

    Naema & Co. doing some creative works ♥

    4 comments:

    1. Replies
      1. jangka hayat maksimum tak sure. kalau simpan dalam bekas bertutup pd suhu biasa, saya punye tahan berminggu2 jugak. kalau simpan dalam fridge, lagi lama insya Allah. make sure memang masak betul adunan tu yer. kalau tak berapa masak nanti tak tahan lama. selamat mencuba! :)

        Delete
    2. muhd yg suh call kau tgh mlm :| die nak gune ni buat presentation :D

      ReplyDelete
      Replies
      1. hehe. bile presentationnye? sempat tak buat? bestnye, machine-modelling? nak tengok hasil?

        Delete