Friday, March 21, 2014

Tips untuk mendidik anak kecil membuang tabiat gigit kuku

Ngap ngap! 
Gigit kuku. Adakah satu tabiat? Ada yang kata it's just a phase. Macam hisap jari. Dulu masa Naema baby ada jugak dia hisap jari time nak tidur. Puting pun ada bagi sekejap untuk tidurkan dia. Tapi masa baby je, sekarang takde lagi. Ada yang kata gigit kuku ni sebab nak attention. Mungkin.

Alkisah, since few weeks ago, Naema ada pe'el baru - gigit kuku. She's now almost 2y 8m old. So masih belum boleh buat dialog 2 hala. Awal2 tu macam biarkan aje. Lepas tu kadang2 ada cakap baik2 ngan dia. Dia ingat kita main2 plak. Suka acah2 sikit2 nak gigit. Masih bersabar, cuba cara lembut lagi, bagi dia gigit benda lain - kayu manis. Supaya dia tak suka and terus berhenti daripada nak gigit apa2. Guess what? Dia suka kayu manis tu. Ok, fine. So kayu manis berjaya mengalih perhatian dia daripada gigit kuku. Tapi one day, masa tengah buat kerja, she was so quiet, macam biasalah. Mungkin tengah main sendiri or tengok TV, but when I inspected her, she was biting her nails off! Like - 2 kuku jari memang dah super pendek. So that's when I started to become a monster. I straight away scolded her and determined to try a new technique - INAI

Berinai : tangan dah cramp
Berinai : tangan keras
Nasib baik memang ada stock inai from Hamra Henna kat dalam freezer. So I immediately thawed it for few minutes and started to put on her nails. Mula2 ingatkan dia takot sampai nangis2 janji tak nak buat lagi. Tapi...TAK LANGSUNG! Dia behave je sepanjang2 proses berinai tu. Haih la budak ni. Bagus jugak la kan sebenarnya so takde lah comot satu badan pulak.

Proses berinai yang pertama tahan selama 2 jam je. Lama jugak tu. Dari mula pakai, memang tangan dia keras je. Tak bergerak langsung. Sampaikan nak garu hidung pun, die tak jadik sebab teringat ada inai kat kuku. Cute sangat time tu. Hamra Henna ni memang terkenal dengan merahnya yang pekat dan tahan lama, tapi sebab pakainya pun 2 jam je, so takdelah gah sangat warnanya. Lepas tu nampak macam ok. Dia dah lupa la tu kot.

Few days later, I caught her again. What??? Baru je potong kuku. Die gigit lagi! So kuku tu jadi super pendek. FINE! Masih bersabar - applied another layer of Hamra Henna. Nasib baik inai ni senang nak dipakaikan and terus melekat bila kering. So kalau dah kering tu bawak tidur, insya Allah tak payah bungkus jari ke ape, tak akan jatuh dari kuku (unless anda tidur buas sangat :-s) Kali ni pakaikan kat dia 2 jam jugak. Masa pakaikan tu, dah nasihat dia macam2. "Promise jangan gigit kuku lagi!" "Promise". Yer la tu. Sekarang memang fasa die duplicate je apa kita cakap. Tah paham ke tidak maksudnye. 

Petang tu, Naema gigit lagi. Ada 2 kuku dia suka gigit. Jari tengah & jari manis belah kanan. This time I was furious. I tried the 'timeout' method. Naema ni jarang kena marah, sebab konon nak pendekatan yang lebih lembut -- lagipun kita kan nak masuk syurga, nape nak marah ahli2 nya? But this time, I scolded her dengan niat supaya dia tahu perbuatan tu bukan takat acah2. Not like 'Naema....janganlah sepahkan mainan, please'. Not that kinda thing. It's to show her that it's just UNACCEPTABLE. Surprisingly, dia memang nampak takut and terus masuk bilik. I told her to lie in bed and she did. With no objection. Selimutkan dia, bagi susu botol and closed the door shut. She was in the room alone.

Kalau hari2 biasa, if she terkurung dalam bilik or kita buat2 nak keluar and rapatkan pintu (tapi tak tutup) she would quickly run towards the door takut kene tinggal. But this time, after few seconds, I heard her crying. I left her crying for about ... err ...  10 seconds (huuu.... nak keras macam mana lagi? sedih la...) and opened the door. Rupa2nya she's still in bed, pegang botol susu, menangis teresak2. Alhamdulillah. This is what I want. I want her to fear me when I'm angry -- only when I needed to be angry. So that she'll learn. I was scared if she goes tantrum and melawan but she didn't. It shows that she knew that what she did was wrong, and she knew that I'm scolding her -- bukan melepaskan geram. Because trust me, I've seen people yang bukan marah anak, but MELEPASKAN GERAM je. Sampaikan anak tu dah tak heran bila kena marah. Worse, anak2 menjawab balik. Nauzubillah.

Since then, I caught her gigit kuku sekali je lagi. I did become furious again. This time she didn't cry or melawan. She just kept quiet -- knew she did something wrong -- and went to sleep. Alhamdulillah, lepas tu memang tak de nampak dah dia gigit kuku. :)

Berinai & santai
Is it a phase? Some say no. Ada yang kata sebab budak stress. Or bosan. Tak tau la dia stress ke apa, tapi kalau nak kata bosan tu mungkin yer. So now pagi2 I tried to attend to her as much as possible. Ajak colouring, singing, etc. By noon, lepas lunch, pujuk dia tidur. Biasalah, pujuk punya pujuk biasanya pukul 4pm jugak lah dia nak tidur. Tapi takpelah. I believe PAKSAAN will not discipline your kids. Specially not a 3y old. Sebab tu lah tugas mendidik anak ni jatuh kepada tanggungjawab ibu. Sebab rasanya takde makhluk lain lagi yang sanggup nak melayan permintaan2 'princess' sorang ni. :)

Kuku tidak sihat - kesan tabiat menggigit kuku
Sebenarnya, kenapa saya pantang sangat bila dia gigit kuku -- sebab saya tau apa akan jadi jika tak ditegah. Ada kawan tanya -- teruk sangat ke die gigit sampai nak kena marah camtu sekali? Jawapannya -- kalau dah teruk, dah tak guna. Kita nak tegah sebelum jadik teruk la kan? Bagi yang tak tau ape akibat gigit kuku ni, banyak keburukannya. Dari segi kesihatan & psikologi. Boleh google and baca lagi jika nak tau. Tapi yang pasti -- rupanya. Kuku akan jadi tak cantik dan takkan tumbuh lagi. :( So biarlah die menangis sekarang, ketika perbuatannya masih boleh dibendung, daripada menangis di kemudian hari. Sobsob. Betul tak?

So adakah gigit kuku ini sebenarnya satu tabiat atau fasa? Pada saya, ianya mungkin dianggap satu fasa sebab hampir semua kanak2 mengalaminya (hampir yer, bukan semua), tapi yang pasti, jika tidak dibendung, ianya boleh menjadi tabiat yang buruk. :(

-----

By the way, bagi sesiapa yang nak cuba Hamra Henna, boleh hubungi Pn Sharzwin di no. 016 263 8670. Inai ni natural dan diimport khas dari South Africa. Warnanya akan lebih pekat selepas seminggu pemakaian dan akan kekal (tidak pudar) hinggalah habis kuku2 anda dipotong. Tak percaya? Cubalah!

Hamra Henna - inai semulajadi khas untuk kuku sahaja.

No comments:

Post a Comment